RSS

Anak-anak Kita

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT. Rasa berbaloi penat lelah mendidik anak2 orang lain di sekolah apabila anak sendiri mendapat kejayaan yang agak membanggakan dalam UPSR baru2 ini. Walaupun Kak Mah sendiri tidak melihat peperiksaan UPSR sebagai penentu masa depan anak2, namun kita perlu jadikan kejayaan dan kegagalan anak2 kita untuk terus memberi mereka semangat supaya lebih berusaha pada masa depan.

Keupayaan anak sendiri mendapat 6A dan 1 C dalam UPSR yang lepas dapat memberikan Kak Mah satu gambaran awal keupayaan anak Kak Mah selama ini. Untuk makluman anak tunggal Kak Mah bersekolah di SJK iaitu sekolah cina. Jika dilihat dari cara dia belajar selama ini memang agak mengagumkan bila berjaya meraih 6A. Anak Kak Mah bukan pelajar yang terlalu fokus bila belajar di rumah. Bila rasa perlu dia akan mengulangkaji dan dia masih boleh mendengar radio dan bermain komputer walaupun peperiksaan sudah dekat.

Kadang2 Kak Mah dan suami pun geleng kepala melihat cara dia belajar. Depan TV pun boleh! Orang kata "nasib baiklah otak tu cekap". Apa yang diajar dan dibaca semuanya boleh diingat. Andaian Kak Mah jika dia fokus dan belajar dengan sistematik, tidak mustahil 7A pasti dalam genggaman. Anak Melayu pecah rekod mendapat 7A di sekolah cina, bangganya Kak Mah!.

Mungkin kesilapan atau mungkin betul cara Kak Mah memberi kebebasan pada dia untuk belajar dengan cara yang disukai. Tapi harus diingat bukan semua anak boleh diberi kebebasan memilih cara belajar. Kita sebagai ibu bapa harus tahu keupayaan sebenar anak2 kita. Kalau asyik gagal jer dalam ujian, takkan nak suruh belajar ikut suka. Lingkuplah...Anak kita tanggungjawab kita..Amanah Allah...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jangan Mudah Membuat Andaian

SAMA ada secara sedar atau tidak, hari ini ibu bapa terlalu menekankan pencapaian akademik anak-anak. Markah tinggi dan kedudukan nombor teratas di dalam kelas menjadi kebanggaan ibu bapa. Nombor corot pula dianggap bodoh dan tidak mempunyai masa depan. Adakah keputusan peperiksaan menjadi kayu pengukur tahap kepandaian dan kebodohan anak kita?

Jika dilihat dari pengalaman Kak Mah zaman persekolahan dulu ada yang benar dan ada juga yang berlaku sebaliknya. Semasa Kak Mah di bangku sekolah rendah, rakan sekelas dianugerahkan sebagai murid UNGGUL disebabkan pencapaian 4A semasa peperiksaan penilaian. Beliau melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama di bandar. Sedangkan Kak Mah dan ramai lagi rakan2 yang lain hanya meneruskan sekolah menengah di pekan kecil. Tapi akhirnya sebaliknya berlaku. Kak Mah dan rakan2 ramai yang berjaya dalam kerjaya masing2, sedangkan beliau sehingga kini masih menganggur dan hanya melakukan kerja2 kampung yang tidak menentu.

Kesimpulannya adalah, ibubapa jangan sekali2 membuat kesimpulan bahawa anak kita bodoh dan tiada harapan jika gagal dlm peperiksaan. Bantulah mereka menentukan hala tuju yang mereka cenderung. Zaman ini terlalu banyak institusi yang memberi anak2 kita peluang untuk mendalami sesuatu bidang yang diminati oleh mereka. Kebijaksanaan ibubapa memberi dorongan terhadap anak2 sudah pasti memberi semangat kepada anak2 kita untuk berjaya dalam kehidupan masa depan.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kongsi2

Pagi tadi Kak Mah sempat berbual2 dengan rakan setugas mengenai blog. Kak Mah bercerita mengenai azam dan impian Kak Mah ingin membina satu blog yang mengumpulkan pelbagai kertas kerja atau apa saja yang berkaitan dengan keperluan guru di dalam sebuah blog. Sebelum ini Kak Mah sudah melihat bagaimana peminat2 resipi mewujudkan blog yang mengumpulkan bermacam2 resipi dari internet. Jadi bagi Kak Mah alangkan baiknya kalau Kak Mah gunakan cara yang sama untuk mengumpul apa jua keperluan tugasan guru di dalam sebuah blog.

"Bagus idea tu kak"...berkongsi ilmu apa salahnya...Bersemangat juga mendengar respon dia. Mungkin satu hari nanti impian saya itu akan tercapai. Yang pasti dalam kesibukan tugas sekarang kekangan masa menjadi masalah untuk Kak Mah memulakan projek tersebut. InsyaAllah niat yang baik moga dipermudahkan jua...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berpada-pada

Aduhai...geram juga rasa bila apa yang kita jelaskan pada ibu bapa perihal masalah anak2 mereka samada sikap atau pelajaran dibalas dengan pelbagai alasan oleh ibu bapa itu. Apa yang Kak Mah harapkan adalah respon yang positif dari mereka. Sebaliknya apa yang sering Kak Mah dapati, ibu bapa ini akan bersungguh2 membela anak2 mereka dengan seribu macam alasan. Walaupun hakikatnya sebagai ibu bapa mereka tahu bagaimana sebenarnya anak mereka...! Tak tahulah kalau anak2 mereka ni pelakon yang hebat...lain di sekolah..lain pula perangai di rumah...

Tidak dinafikan ada juga ibu bapa yang menerima teguran terhadap anak mereka dengan positif. Mereka meminta guru sama2 menegur dan merotan jika perlu. "jangan patah riuk sudahlah cikgu" itulah ungkapan yang sering mereka berikan. Kak Mah lebih respek ibu bapa yang sebegini. Mereka ini lebih memahami bagaimana sukarnya mengawal sebegitu ramai pelajar di sekolah. Sedangkan mereka sebagai ibubapa pun boleh stress dengan anak seramai 3/4 orang di rumah. Kalau yang bekerja mungkin cuma 3/4 jam saja bersama anak2.

Secara peribadi selama Kak Mah mendidik anak2 ini, mereka yang datang daripada keluarga yang mementingkan sikap hormat, beradab, penuh kasih sayang, berdisiplin adalah mereka yang mempunyai keperibadian yang sangat baik. Mereka inilah yang menjadi penyejuk amarah guru terhadap pelajar2 yang agak "kureng sikit" adabnya. Sejuk sungguh ibu yang mengandungkan mereka...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sayangkan Anak Tangan-tangankan

" Sakit tak?" Kak Mah bertanya pada seorang pelajar tahun satu selepas merotan di tapak tangannya disebabkan gagal menyiapkan kerja sekolah disamping kenakalannya yang agak 'over'. "Kalau mak atau ayah awak rotan lagi sakit tau!" Sepontan dia menjawab, "mak dengan ayah tak pernah rotan pun!" Jawapannya membuat Kak Mah terfikir, jika begitulah keadaannya patutlah anak ini begitu berani melakukan pebagai kesalahan.

Kadang2 Kak Mah bimbang juga, takut kalau2 Kak Mah agak keterlaluan mendenda anak2 ini. Sedangkan ibubapa mereka sendiri tidak pernah menjentik mereka. Sebenarnya banyak rasionalnya jika saya sebagai pendidik terpaksa juga mendenda mereka (merotan tapak tangan) walaupun Kak Mah tau hal ini bertentangan dengan etika kerja. Sememangnya kebenaran merotan hanya diberikan kepada Guru Besar, tetapi logikkah kalau setiap kesalahan seperti tidak menyiapkan kerja, mengusik kawan, atau masalah2 kecil yang berlaku di dalam kelas di hadapkan kepada Guru Besar?

Fahamkah anak2 kecil yang berada di tahun satu atau dua dengan bebelan yang panjang berjela? Amaran2? Pastinya tidak! Mereka hanya ingat untuk tempoh sejam dua saja. Selepas tu aksi mereka bagai tidak ada apa2 yang berlaku. Sabar je...! Sebab itulah sehingga kini Kak Mah masih lagi mengaplikasikan dendaan dan juga nasihat untuk membentuk disiplin dan keperibadian anak2 ini. Rasanya itu lebih memberi kesan.

Memang kita tidak dapat nafikan, terdapat segelintir pendidik yang baran dan cepat panas. Mereka inilah yang kadangkala tersasar seketika. Itulah yang kita nampak terpampang di dada2 akhbar...MURID CEDERA DITAMPAR GURU...LEBAM DITUMBUK GURU...TELINGA BERDARAH DILEMPANG GURU... dan pelbagai lagi insiden2 yang melibatkan guru. Namun di sebalik semua kejadian tersebut pasti ada sesuatu yang berlaku...Semoga kita sentiasa prihatin dengan anak2 kita...Sayangkan isteri tinggal2kan...sayangkan anak tangan2kan...rasanya memang tepat sekali dan masih boleh digunapakai...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kecelaruan Identiti

Kak Mah tak tahulah apa prosedur yang digunapakai oleh Jabatan pendaftaran Negara dalam menentukan status bayi setiap bayi yang dilahirkan. Jauh sekali untuk mempertikaikan sistem yang termaktub, namun sebagai rakyat marhaen kadangkala Kak Mah terpana seketika apabila memikirkan nasib pelajar2 Kak Mah yang mempunyai kecelaruan identiti dalam surat lahir mereka.

Sedihkah atau kasihankah Kak Mah kepada mereka apabila membaca ruangan "NAMA BAPA" di dalam surat lahir tersebut? Apa yang mereka fikirkan apabila sampai waktunya mereka memahami apa yag tertera. "BAPA TIDAK DAPAT DIKESAN" ,"BAPA TIDAK DIKETAHUI" ,"TIADA MAKLUMAT", "TIADA" atau hanya tanda " - ". Apa yang dapat KAk Mah simpulkan daripada kenyataan tersebut adalah, anak-anak ini dilahirkan tanpa bapa yang sah atau anak luar nikah.

Kejamkah kita sebagai masyarakat melabelkan mereka sedemian rupa hanya disebabkan kesalahan orang dewasa? Kak Mah faham pihak yang berkaitan tidak lagi menggunakan/membenarkan penggunaan nama bapa angkat atau Abdullah sebagai menggantikan bapa untuk anak2 tersebut. Mungkin bimbang berlaku masalah lain pula di kemudian hari. Saya tidak hairan jika satu hari nanti anak2 ini akan jadi seorang pemberontak, anak2 yang liar, rendah diri, pasif dan gejala2 negatif yang lain disebabkan status "BAPA" yang mereka bawa itu.

Saya dapat melihat sendiri anak2 sebegini membesar di depan mata saban tahun. Jika di tahun pertama mereka seorang anak yang ceria, bijak dan mesra namun akhirnya bila mereka mula memahami, anak2 ini menjadi pasif atau yang lebih teruk menjadi anak yang kuat memberontak dan liar. Walaupun bukan semua begitu, tetapi yang sering terjadi begitulah...Apa yang kita dapat fikirkan jika kita berada di tempat mereka?...Apakah jalan penyelesaian yang kita ada...?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dulu dan Sekarang

Zaman kanak2 yang Kak Mah boleh ingat mungkin di sekitar umur saya 6 tahun. Masa tu Kak Mah dah di hantar ke tadika kemas di balai raya. Seronok sangat masa tu maklumlah dapat belajar menulis dan mengira. Kak Mah masih sempat belajar menggunakan papan batu di mana murid2 dibekalkan dengan papan tulis kecil dengan kapur. Lepas tulis boleh padam. Kalau difikirkan balik jimat juga cara tersebut.

Zaman sekarang budak2 seusia Kak Mah dulu dah dibebankan dengan berjenis2 buku di peringkat tadika lagi. Kadang2 kesian juga tengok. Kalau di bandar mungkin tidak menjadi masalah kerana kebanyakan keluarga dah mempunyai kenderaan sendiri.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Harapan dan Impian

Syukur ke hadrat Allah S.W.T, kerana diberi kekuatan dan keyakinan untuk Kak Mah membina blog ini. Blog ini adalah sekadar batu loncatan untuk Kak Mah mengasah bakat dalam bidang penulisan yang sememangnya menjadi minat Kak Mah sejak zaman sekolah lagi. Mudah-mudahan Kak Mah akan terus berkarya dan dapat mempertingkatkan mutu penulisan dan bahasa Kak Mah demi kepentingan kerjaya Kak Mah juga.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS