Semalam kak mah ajar buat karangan kat budak2 tahun 4 . Tajuknya pengalaman semasa bercuti di kampung. Masa kak mah bersoal jawab mengenai aktiviti yang mereka buat tu, ada yang jawab...ikut atuk pusing2 pekan, mancing ikan di sawah, pegi zoo pun ada. Paling haru tu ada yang jawab main internet...
Beza sungguh dgn zaman angkatan kak mah dulu...tahun 70an, lebihkurang sebaya dgn depa2 nilah. Kak mah siap cerita,masa cikgu kecik2 sebaya kamu di kampung dulu..rutin seharian mandi sungai, tangkap ikan dalam parit dan mcm2 lagilah. Kisah kak mah mandi sungai ni mmg seronok kalau dikenang2 semula. Zaman tu mana ada pelampung...nak cari tiub tayar pun payah. Maklumlah zaman tu basikal jer yg banyak kat kampung ni.Tapi kanak2 zaman dulu mmg kreatif...
Kitaorang ambil buah kelapa tua kemudian takek dan tarik sikit sabut kelapa tu utk dibuat tali. Ikat dua biji buah kelapa tu dan jadilan pelampung untuk berenang. Kalau badan yg agak berat tu tambahkan jerlah buah kelapa tu banyak sikit. Dijamin timbul :-).
Kalau mandi dalam kolam pula lain pula ceritanya. Terutama bagi anak2 dara sunti. Masa tu kalau mandi berkemban kain batik. Ikat kain tu kuat2 di dada kemudian masukkan udara dalam kain tu masa kita berendam. Kain tu akan mengelembung dan jadilah pelampung ....Seronoknya zaman tu...
Paling extreme bila nampak ayah kak mah balik dari kedai..maka bertempiaranlah kami lari balik ke rumah. Buat muka mcm tak bersalah jer mandi sungai. Macamlah ayah kak mah tak tahu warna air berkeladak semacam jer...haha...
Pelampung dulu-dulu
Nostalgia Silam
Sempena tahun baru 2011 ni , blog kak mah salin kulit. Menarik tak? Rasa teringat sangat dengan kampung halaman kak mah di selatan nun...lama juga tak balik ke kampung, ialah sejak hari raya puasa yang lalu...sejak orangtua kak mah dah meninggal dunia kak mah hanya sekali sekala balik.
Rumah-rumah penduduk di kampung kak mah terletak di pinggir sungai..tak jauh dari laut selat melaka...memang cukup indah bila tiba waktu senja...nostalgia sungguh semua kenangan masa lalu...
Rasanya di tahun 2011 ini,kak mah ingin aktif semula menulis di sini..berkongsi kenangan zaman-zaman retro kita dahulu...Itupun kalau masa mengizinkan..maklumlah ada tugas dan tanggungjawab yang lebih penting untuk kak mah laksanakan...
Tragedi 101010
Kita baru dikejutkan dengan tragedi kemalangan bas ekspres yang meragut 12 nyawa kelmarin. Takziah Kak Mah untuk keluarga mangsa yang terlibat. Walau pun sudah suratan takdir, namun bagi KakMah kemalangan tragis tersebut dan mana-mana kemalangan yang melibatkan korban yang besar majoritinya berpunca dari kesilapan kita sebagai manusia.
Disebabkan segelintir pemandu yg biadap (maaf bahasa agak kasar) ketika memandu inilah menyebabkan orang lain yg tidak bersalah terlibat dgn kemalangan sebegini. Berhemah dan berhati-hati ketika memandu tidak menjanjikan kita akan selamat jika masih ramai yg bersikap biadap ketika di jalan raya.
Tidak ada ruginya jika setiap daripada kita terus mengamalkan sikap"biar lambat asal selamat" .(lambat bukan bermakna macam kura-kura tetapi mematuhi peraturan & had laju yg ditetapkan) . Jangan biarkan keluarga anda menanti dalam kesedihan...
awasi anak2 kita
Petang tadi Kak Mah dpt msg dari seorg teman. "Kak Mah dah baca berita dlm harian metro hari ni? anak ummi mati lemas" Inallilahhiwainalillahirojiun...
Mula2 Kak Mah keliru juga ummi mana satu. Setelah Kak Mah baca berita di harian metro online barulah Kak Mah pasti ummi kawan Kak Mah yg telah berpindah ke sekolah lain lebihkurang 3/4 tahun yg lepas.
Rupa2nya aruah lemas di dlm kolam renang di sebuah resort di Port Dickson. Kadang2 Kak Mah geram juga dengan sesetengah resort atau hotel di negara kita ni. Sepatutnya kes2 seperti ini dpt dielakkan jika kawasan tersebut sentiasa dikawal. Bukankah kos yang dibayar termasuk jaminan keselamatan sepanjang kita menginap di sana.
Pasti ketika ini teman Kak Mah tu sedang bersedih. Semoga dia tabah menerima dugaan ini. InsyaAllah.
So buat kawan2 Kak Mah yang masih lagi ada anak2 kecil tu, awasilah anak2 anda selalu. Budak2 ni ikut dia jer nak buat apa pun. Benda2 yg tak masuk akal pun kdg2 boleh terjadi.
Main Tembak-tembak
Minggu lepas masa tengah mengajar subjek BM mengenai permainan tradisional , entah macam mana Kak Mah adalah tercerita dgn budak2 kelas Kak Mah pasal permainan orang2 dulu. Disebabkan budak2 sekolah Kak Mah ni lelaki semua, maka Kak Mah pun ceritalah pasal Kak Mah main senapang kayu. Wah, bukan main excited budak2 tu!.
Tak taulah zaman korang masih ada lagi tak permainan ni. Zaman 70an dulu kami bermain bukan kira jantina pun. Tak adalah pulak berlaku perkara2 yang pelik antara kami. Mungkin juga pengaruh media massa dan internet tak ada masa tu.Senapang yang siap untuk berperang...
Senapang kayu tu kami buat sendiri guna lebihan2 kayu papan. Kan zaman tu semua rumah papan di kampung. Kira kreatif jugalah budak2 zaman tu. Rupa senapang tu macam senapang patah yang ada sekarang. Pelurunya pulak kami guna buah terung pipit. Tak kenal ke? Kat Perak ni tak taulah pulak dipanggil buah apa. Terung pipit ni panggilan di kampung Kak Mah Johor sana.
Inilah rupa terung pipit yang dijadikan peluru senapang. Memang best sungguh masa bermain tu. Bermain pulak di dalam kebun kelapa. Memang macam cerita 'COMBAT' dalam TV hitam putih tu la...






