
Dalam minggu ni kita dipaparkan dengan kes dera anak2 kecil sehingga membawa maut. Kejam! Keji! Binatang pun tau sayang anak! Celakalah manusia2 berhati syaitan ini. Geram! Marah! dan kalau ada depan mata mahu rasanya menyula mereka hidup2.
Kdg2 Kak Mah pelik bila memikirkan akal manusia2 yg mengaku dewasa dan matang tapi sanggup buat perangai keji dan terkutuk. Apalah yg budak2 umur 1-5 tahun tahu tentang salah atau benar perbuatan yg mereka lakukan sampai kita sebagai org tua harus mendera mereka bagai orang hilang akal?
Nauzubillah dijauhkan kita dari sikap sebegini terhadap anak2 kecil yg tidak tahu apa2 tentang kehidupan. Bagi mereka kehidupan kanak2 adalah dunia indah penuh warna warni. Janganlah kita mengelapkan kehidupan mereka dgn masalah2 yg kita hadapi.
Sayangilah anak2. Mereka adalah warisan kita. Generasi kita masa depan. Kak Mah masih GERAM ni !
Kes dera anak- Manusia berhati syaitan
Merata-rata
Kak Mah tak faham betul…!kenapa orang di Malaysia nie suka sangat buang sampah merata-rata?Pelik betul…kalau pergi tempat-tempat awam, sakit mata dibuatnya.
Minggu lepas ada satu kereta berhenti tepi jalan,selamba je dia buang segala isi perut sampah dalam kereta dia. Dekat dengan jalan rumah Kak Mah pulak tu.
Kak Mah geram betul la..
Manusia mana yg tak ada kepala otak buang sampah kat tepi jalan besar tu..
Kalau sesiapa nampak org buang sampah, catat jer no kete/motor & kalau boleh tanya alamat rumah dia..mmg 'stupid' betul warga macam ni.
Apa kata kalau kita nampak orang yang buang sampah tu, kita carik rumah dia dan longgokkan sampah depan pintu pagar rumah dia. Apa kau rasa? oren? Geramnya!
Mogok
Selama ni Kak Mah hanya melihat bagaimana geram dan marahnya ibu bapa bila anak2 buat hal dan mogok ke sekolah. Kadang2 ibu murid tersebut pulak yg menangis bila anak2 buat ragam selama berhari2. Kesian pun ada...memang kesian pun.
Tapi bila anak sendiri buat hal dan mogok tidak mau ke sekolah, barulah Kak Mah tau betapa peritnya selagi masalah ini tidak diselesaikan. Utk mendapatkan tempat di sekolah yg agak popular ni, Kak Mah terpaksa merayu dgn pengetua dan PPD walaupun ketika itu penempatan sudah penuh. Tapi disebabkan result anak yg agak cemerlang, dia terpilih juga. Jadi bila anak buat hal tak mau meneruskan persekolahan di situ, Kak Mah agak terkilan dan marah juga.
Bagi mereka yg ada pengalaman mungkin sama spt yg Kak Mah lalui. Payahnya menyuruh anak bangun dan bersiap. Masuk bilik air tapi tak mandi2. Mendiamkan diri. Tuhan jer tau geramnya hati ketika tu. Kalau tak kerja mungkin tak jadi masalah tapi kita sendiri terkejar2. Sabar jerlah...
Akhirnya sebagai jalan penyelesaian terpaksalah akur dgn kehendak anak utk menyambung di sekolah biasa. Bukan kerana saya terlalu mengikut tapi Kak Mah juga ada tanggungjawab pd murid2 Kak Mah. Kalau berlarutan tugas dan tumpuan Kak Mah pd kerja terganggu. Cuma Kak Mah minta dia berjanji, memastikan prestasi dia tidak merosot.
Sebenarnya walau di mana pun anak kita belajar, ibu bapalah yg memainkan peranan paling penting. Pemantauan dari semasa ke semasa hendaklah kita lakukan. Hanya dengan cara ini kita dapat memastikan anak2 kita terkawal dari gejala2 yg kurang sihat.
kes buang anak makin menjadi2
Hari nie 2 lg kes buang anak dlm akhbar.. Hari2 ade kes... melampau-melampau...
apa nk jadi sekarang ni.. hari-hari ader manusia yg buang anak sesuka hati.. membunuh bayi yg tak berdosa... x ader perasaan ker semasa melakukan perbuatan terkutuk tu.... dunia.. dunia...
Zina adalah dosa yang sangat besar dan sangat keji serta seburuk-buruk jalan yang ditempuh oleh seseorang berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Para ulama menjelaskan bahwa firman Allah Subhanahu wa Ta’ala : “Janganlah kamu mendekati zina”, maknanya lebih dalam dari perkataan : “Janganlah kamu berzina” yang artinya : Dan janganlah kamu mendekati sedikit pun juga dari pada zina. Yakni : Janganlah kamu mendekati yang berhubungan dengan zina dan membawa kepada zina apalagi sampai berzina.
Faahisah adalah = maksiat yang sangat buruk dan jelek
Wa saa’a sabiila = karana akan membawa orang yang melakukannya ke dalam neraka.
Anak sekarang semakin kurang ajar!... mengapa?..
Kak Mah kesal sungguh dengan sikap anak2 yg menghantar ibu bapa di rumah orang tua... dan yg paling menyedihkan, sanggup membiarkan orang tua mereka mengemis di jalanan... apa nak jadi?.. anak kucing pun tak sanggup kita nak buang.. ni kan pula ibu bapa kandung...
Itu laa anak sekarang....dah nak kiamat agaknya......
Dunia dah nak berakhir.
Mengingatkan diri Kak Mah ( walaupun Kak Mah dah tak ada orang tua )dan anda juga, marilah kita berdoa tanpa jemu agar kedua ibu bapa kita sentiasa di dalam kesejahteraan di dunia dan akhirat.
“Ya Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa kedua-dua ibu bapaku serta rahmatilah (peliharalah) kedua-duanya seperti mana mereka memelihara aku sewaktu aku kecil.’’ Amin. 






