Kak Mah lebih suka membuat entri yang santai. Tidak memberatkan kepala utk berfikir. Cukuplah kalau org yg membaca faham apa yg ingin kita sampaikan. Kalau bahasa berbelit2 dan terlalu puitis pening pulak nak memahaminya.
Tapi Kak Mah tak suka sama sekali mencampur adukkan dgn bahasa slanga budak2 sekarang. Bagi Kak Mah, bahasa2 tersebutlah yg merosakkan atau menyebabkan budak2 melayu kita merosot dlm subjek Bahasa Melayu. Bahasa Jiwa Bangsa...
Santai
Cita-cita
Masa sekolah rendah dulu,bila ditanya cita2 Kak Mah pastinya jawapannya "Polis". Kak Mah pun tak tau kenapa minat sgt nak jadi polis masa kecik2 dulu. agaknya sebab suka main "polis centri" kot.
Bila dah naik sekolah menengah Kak Mah tukar pulak cita2 nak jadi wartawan. Tapi cita2 Kak Mah tu tak dpt direalisasikan sebab masa SPM Bahasa Inggeris Kak Mah takat lulus jer. So mana nak dpt bila apply kursus tu di ITM. Akhirnya dgn berbekalkan sijil STPM Kak Mah diterima masuk ke maktab perguruan. Jadilah Kak Mah seorang guru hingga ke hari ini.
Sebab itu kadang2 tersenyum sendiri bila mendengar cita2 anak murid Kak Mah. Paling ramai nak jadi tentera dgn polis sebab Kak Mah mengajar di sekolah murid2 lelaki. Mudah-mudahan apa pun cita2 mereka,besar nanti mereka akan menjadi warga yang berguna pada agama, bangsa dan negara. Insyaallah...
Tekad
Minat untuk menulis memang berkobar2. Tapi kekangan masa menyebabkan minat ini terpendam dan terperap begitu saja. Kadang2 bila membaca blog2 orang lain,jeles pun ada. Mungkin Kak Mah kena mulakan dari sekarang...
Kes dera anak- Manusia berhati syaitan

Dalam minggu ni kita dipaparkan dengan kes dera anak2 kecil sehingga membawa maut. Kejam! Keji! Binatang pun tau sayang anak! Celakalah manusia2 berhati syaitan ini. Geram! Marah! dan kalau ada depan mata mahu rasanya menyula mereka hidup2.
Kdg2 Kak Mah pelik bila memikirkan akal manusia2 yg mengaku dewasa dan matang tapi sanggup buat perangai keji dan terkutuk. Apalah yg budak2 umur 1-5 tahun tahu tentang salah atau benar perbuatan yg mereka lakukan sampai kita sebagai org tua harus mendera mereka bagai orang hilang akal?
Nauzubillah dijauhkan kita dari sikap sebegini terhadap anak2 kecil yg tidak tahu apa2 tentang kehidupan. Bagi mereka kehidupan kanak2 adalah dunia indah penuh warna warni. Janganlah kita mengelapkan kehidupan mereka dgn masalah2 yg kita hadapi.
Sayangilah anak2. Mereka adalah warisan kita. Generasi kita masa depan. Kak Mah masih GERAM ni !
Merata-rata
Kak Mah tak faham betul…!kenapa orang di Malaysia nie suka sangat buang sampah merata-rata?Pelik betul…kalau pergi tempat-tempat awam, sakit mata dibuatnya.
Minggu lepas ada satu kereta berhenti tepi jalan,selamba je dia buang segala isi perut sampah dalam kereta dia. Dekat dengan jalan rumah Kak Mah pulak tu.
Kak Mah geram betul la..
Manusia mana yg tak ada kepala otak buang sampah kat tepi jalan besar tu..
Kalau sesiapa nampak org buang sampah, catat jer no kete/motor & kalau boleh tanya alamat rumah dia..mmg 'stupid' betul warga macam ni.
Apa kata kalau kita nampak orang yang buang sampah tu, kita carik rumah dia dan longgokkan sampah depan pintu pagar rumah dia. Apa kau rasa? oren? Geramnya!






