RSS

Konda Kondi

Masa kecik2 dulu korang pernah tak main konda kondi? Kalau tak tau main tu kira rugilah. Seronok main permainan ini. Maklumlah dulu2 mana ada PC games ke PS2 ke. Bagi sesiapa yang tak tau permainan ini bacalah info di bawah ni.

Konda kondi atau juga dikenali sebagai Perik mata ialah sejenis permainan tradisional kanak-kanak di Malaysia. Dalam masyarakat India, ia dipanggil 'kaunda kaundi'. Permainan ini boleh dimainkan sekurang-kurangnya 2 orang.

Permainan ini menggunakan dua batang kayu sepanjang 0.5 meter. Sebuah lubang dikorek di atas tanah sedalam 0.2 meter dan lebar 0.2 meter juga. Kayu diletak di tengah lubang secara melintang. Sebatang kayu digunakan untuk menguit dan mengungkit kayu agar terpelanting jauh dari pemain lawan.

Kat sekolah Kak Mah permainan ini biasanya kami adakan semasa program RIMUP. Budak2 Kak Mah pun excited sangat!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Gambar rumah Rasulullah SAW

Bersyukurlah dengan teknologi internet kita dapat melihat sesuatu yang menarik. Gambar sisa runtuhan rumah Rasulullah SAW adalah diambil dari web Islamik luar negara.

Gambar tapak rumah Rasulullah SAW bersama Saiditina Siti Khadijah AS, tempat mereka tinggal selama 28 tahun. Di sinilah tempat lahirnya putera dan puteri Baginda,antaranya ialah yang sulung bernama Qasim dan yang bongsu, puteri kesayangan baginda yang banyak juga mencipta sejarah dalam Islam iaitu Fatimah Az-Zahrah.


Gambar runtuhan dari jarak dekat.

Pintu masuk ke bilik Rasulullah SAW dan Saidatina Khadijah AS
Sisa runtuhan Bilik Rasulullah Saw dan Sayyidah Khadijah as.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Daging Mc Donald Dijamin Selamat dan halal

Peminat2 McD pasti lega bila berita ni tersiar. Kak Mah bukan penggemar McD so tak adalah menjejaskan apa2 buat diri Kak Mah. So buat kawan2 Kak Mah bolehlah lepas ni singgah ya.

Produk Daging Dan French Fries McDonald’s Dijamin Selamat Dan Halal.

Berkenaan itu McDonald Malaysia telah mengeluarkan satu surat pekeliling yang mengatakan Produk mereka adalah halal kerana mereka telah membeli daging dari negara pengeluar lain yang negaranya diiktiraf oleh JAKIM.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Gula oh gula!

Gula oh gula..mana la kau gula oi! Rimas betul asyik2 gula ni menjadi isu nasional.

Apa masalahnya skg ni? Sedangkan kilang gula CSR dan PRAI masih beroperasi dan belum menunjukkan tanda-tanda hendak gulung tikar pun. tapi Stok gula takde langsung..

Jadi persoalannya sekarang, ke manakah pergi gula yang bertan-tan tersebut? Adakah hanyut ke laut? Ataupun di sorok oleh bunian? Nak kata disorok bunian memang tak mungkin, tapi kalau manusia sendiri yang sorok, ada kemungkinan juga.

Siapalah yang sorokkan gula nih. Apa la dorang dapat dengan sorok gula tu? Memang untung... Mereka mengambil kesempatan ini bagi membolehkan harga gula naik mendadak... Dengan cara ini mereka boleh mengaut keuntungan berganda...

Walaupun gula bukan keutamaan buat Kak Mah, tetapi risaulah juga kalau keadaan ini berterusan. Merata2 Kak Mah jenguk, semua kata tak ada stok. Tapi yang hairan dan ajaib tu bila kerajaan umumkan kenaikan harga gula, serta merta rak2 di kedai atau pasaraya penuh dgn kampit2 gula!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cerita lagi

Entri Kak Mah ni pendek2 dan ringkas jer. Bukan sebab kekeringan idea, tapi Kak Mah tak ada cukup masa utk betul2 menulis. Mungkin kalau ada masa Kak Mah ingin juga membicarakan topik2 yg agak berat. Kak Mah tulis utk suka2 , so kalau ada yg tak suka tu maaflah yer...

Kak Mah lebih fokuskan pada kehidupan Kak Mah sehari2 sama ada dahulu atau sekarang.Banyak kisah2 zaman Kak Mah masa kanak2 dulu yg ingin Kak Mah kongsi bersama. Susah senang kehidupan zaman tu mmg cukup memberi kesan dlm kehidupan Kak Mah pada hari ini. Mungkin ada yg tertanya2, Kak Mah ni dah tua sgt ke? Tua tu taklah tapi dah digolongkan sebagai golongan veteran juga. 45 tahun!

Sebagai budak kampung mmg banyak kenangan2 pahit dan manis yg telah Kak Mah tempuhi. Nanti ada masa Kak Mah cerita lagi...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS