RSS

Anak-anak Kita

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT. Rasa berbaloi penat lelah mendidik anak2 orang lain di sekolah apabila anak sendiri mendapat kejayaan yang agak membanggakan dalam UPSR baru2 ini. Walaupun Kak Mah sendiri tidak melihat peperiksaan UPSR sebagai penentu masa depan anak2, namun kita perlu jadikan kejayaan dan kegagalan anak2 kita untuk terus memberi mereka semangat supaya lebih berusaha pada masa depan.

Keupayaan anak sendiri mendapat 6A dan 1 C dalam UPSR yang lepas dapat memberikan Kak Mah satu gambaran awal keupayaan anak Kak Mah selama ini. Untuk makluman anak tunggal Kak Mah bersekolah di SJK iaitu sekolah cina. Jika dilihat dari cara dia belajar selama ini memang agak mengagumkan bila berjaya meraih 6A. Anak Kak Mah bukan pelajar yang terlalu fokus bila belajar di rumah. Bila rasa perlu dia akan mengulangkaji dan dia masih boleh mendengar radio dan bermain komputer walaupun peperiksaan sudah dekat.

Kadang2 Kak Mah dan suami pun geleng kepala melihat cara dia belajar. Depan TV pun boleh! Orang kata "nasib baiklah otak tu cekap". Apa yang diajar dan dibaca semuanya boleh diingat. Andaian Kak Mah jika dia fokus dan belajar dengan sistematik, tidak mustahil 7A pasti dalam genggaman. Anak Melayu pecah rekod mendapat 7A di sekolah cina, bangganya Kak Mah!.

Mungkin kesilapan atau mungkin betul cara Kak Mah memberi kebebasan pada dia untuk belajar dengan cara yang disukai. Tapi harus diingat bukan semua anak boleh diberi kebebasan memilih cara belajar. Kita sebagai ibu bapa harus tahu keupayaan sebenar anak2 kita. Kalau asyik gagal jer dalam ujian, takkan nak suruh belajar ikut suka. Lingkuplah...Anak kita tanggungjawab kita..Amanah Allah...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: