Aduhai...geram juga rasa bila apa yang kita jelaskan pada ibu bapa perihal masalah anak2 mereka samada sikap atau pelajaran dibalas dengan pelbagai alasan oleh ibu bapa itu. Apa yang Kak Mah harapkan adalah respon yang positif dari mereka. Sebaliknya apa yang sering Kak Mah dapati, ibu bapa ini akan bersungguh2 membela anak2 mereka dengan seribu macam alasan. Walaupun hakikatnya sebagai ibu bapa mereka tahu bagaimana sebenarnya anak mereka...! Tak tahulah kalau anak2 mereka ni pelakon yang hebat...lain di sekolah..lain pula perangai di rumah...
Tidak dinafikan ada juga ibu bapa yang menerima teguran terhadap anak mereka dengan positif. Mereka meminta guru sama2 menegur dan merotan jika perlu. "jangan patah riuk sudahlah cikgu" itulah ungkapan yang sering mereka berikan. Kak Mah lebih respek ibu bapa yang sebegini. Mereka ini lebih memahami bagaimana sukarnya mengawal sebegitu ramai pelajar di sekolah. Sedangkan mereka sebagai ibubapa pun boleh stress dengan anak seramai 3/4 orang di rumah. Kalau yang bekerja mungkin cuma 3/4 jam saja bersama anak2.
Secara peribadi selama Kak Mah mendidik anak2 ini, mereka yang datang daripada keluarga yang mementingkan sikap hormat, beradab, penuh kasih sayang, berdisiplin adalah mereka yang mempunyai keperibadian yang sangat baik. Mereka inilah yang menjadi penyejuk amarah guru terhadap pelajar2 yang agak "kureng sikit" adabnya. Sejuk sungguh ibu yang mengandungkan mereka...
Solat Teraweh
5 years ago
0 comments:
Post a Comment