RSS

Sayangkan Anak Tangan-tangankan

" Sakit tak?" Kak Mah bertanya pada seorang pelajar tahun satu selepas merotan di tapak tangannya disebabkan gagal menyiapkan kerja sekolah disamping kenakalannya yang agak 'over'. "Kalau mak atau ayah awak rotan lagi sakit tau!" Sepontan dia menjawab, "mak dengan ayah tak pernah rotan pun!" Jawapannya membuat Kak Mah terfikir, jika begitulah keadaannya patutlah anak ini begitu berani melakukan pebagai kesalahan.

Kadang2 Kak Mah bimbang juga, takut kalau2 Kak Mah agak keterlaluan mendenda anak2 ini. Sedangkan ibubapa mereka sendiri tidak pernah menjentik mereka. Sebenarnya banyak rasionalnya jika saya sebagai pendidik terpaksa juga mendenda mereka (merotan tapak tangan) walaupun Kak Mah tau hal ini bertentangan dengan etika kerja. Sememangnya kebenaran merotan hanya diberikan kepada Guru Besar, tetapi logikkah kalau setiap kesalahan seperti tidak menyiapkan kerja, mengusik kawan, atau masalah2 kecil yang berlaku di dalam kelas di hadapkan kepada Guru Besar?

Fahamkah anak2 kecil yang berada di tahun satu atau dua dengan bebelan yang panjang berjela? Amaran2? Pastinya tidak! Mereka hanya ingat untuk tempoh sejam dua saja. Selepas tu aksi mereka bagai tidak ada apa2 yang berlaku. Sabar je...! Sebab itulah sehingga kini Kak Mah masih lagi mengaplikasikan dendaan dan juga nasihat untuk membentuk disiplin dan keperibadian anak2 ini. Rasanya itu lebih memberi kesan.

Memang kita tidak dapat nafikan, terdapat segelintir pendidik yang baran dan cepat panas. Mereka inilah yang kadangkala tersasar seketika. Itulah yang kita nampak terpampang di dada2 akhbar...MURID CEDERA DITAMPAR GURU...LEBAM DITUMBUK GURU...TELINGA BERDARAH DILEMPANG GURU... dan pelbagai lagi insiden2 yang melibatkan guru. Namun di sebalik semua kejadian tersebut pasti ada sesuatu yang berlaku...Semoga kita sentiasa prihatin dengan anak2 kita...Sayangkan isteri tinggal2kan...sayangkan anak tangan2kan...rasanya memang tepat sekali dan masih boleh digunapakai...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: