RSS

Merata-rata

Kak Mah tak faham betul…!kenapa orang di Malaysia nie suka sangat buang sampah merata-rata?Pelik betul…kalau pergi tempat-tempat awam, sakit mata dibuatnya.


Minggu lepas ada satu kereta berhenti tepi jalan,selamba je dia buang segala isi perut sampah dalam kereta dia. Dekat dengan jalan rumah Kak Mah pulak tu.

Kak Mah geram betul la..
Manusia mana yg tak ada kepala otak buang sampah kat tepi jalan besar tu..

Kalau sesiapa nampak org buang sampah, catat jer no kete/motor & kalau boleh tanya alamat rumah dia..mmg 'stupid' betul warga macam ni.

Apa kata kalau kita nampak orang yang buang sampah tu, kita carik rumah dia dan longgokkan sampah depan pintu pagar rumah dia. Apa kau rasa? oren? Geramnya!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mogok

Selama ni Kak Mah hanya melihat bagaimana geram dan marahnya ibu bapa bila anak2 buat hal dan mogok ke sekolah. Kadang2 ibu murid tersebut pulak yg menangis bila anak2 buat ragam selama berhari2. Kesian pun ada...memang kesian pun.

Tapi bila anak sendiri buat hal dan mogok tidak mau ke sekolah, barulah Kak Mah tau betapa peritnya selagi masalah ini tidak diselesaikan. Utk mendapatkan tempat di sekolah yg agak popular ni, Kak Mah terpaksa merayu dgn pengetua dan PPD walaupun ketika itu penempatan sudah penuh. Tapi disebabkan result anak yg agak cemerlang, dia terpilih juga. Jadi bila anak buat hal tak mau meneruskan persekolahan di situ, Kak Mah agak terkilan dan marah juga.

Bagi mereka yg ada pengalaman mungkin sama spt yg Kak Mah lalui. Payahnya menyuruh anak bangun dan bersiap. Masuk bilik air tapi tak mandi2. Mendiamkan diri. Tuhan jer tau geramnya hati ketika tu. Kalau tak kerja mungkin tak jadi masalah tapi kita sendiri terkejar2. Sabar jerlah...

Akhirnya sebagai jalan penyelesaian terpaksalah akur dgn kehendak anak utk menyambung di sekolah biasa. Bukan kerana saya terlalu mengikut tapi Kak Mah juga ada tanggungjawab pd murid2 Kak Mah. Kalau berlarutan tugas dan tumpuan Kak Mah pd kerja terganggu. Cuma Kak Mah minta dia berjanji, memastikan prestasi dia tidak merosot.

Sebenarnya walau di mana pun anak kita belajar, ibu bapalah yg memainkan peranan paling penting. Pemantauan dari semasa ke semasa hendaklah kita lakukan. Hanya dengan cara ini kita dapat memastikan anak2 kita terkawal dari gejala2 yg kurang sihat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kes buang anak makin menjadi2

Hari nie 2 lg kes buang anak dlm akhbar.. Hari2 ade kes... melampau-melampau...
apa nk jadi sekarang ni.. hari-hari ader manusia yg buang anak sesuka hati.. membunuh bayi yg tak berdosa... x ader perasaan ker semasa melakukan perbuatan terkutuk tu.... dunia.. dunia...

Zina adalah dosa yang sangat besar dan sangat keji serta seburuk-buruk jalan yang ditempuh oleh seseorang berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Para ulama menjelaskan bahwa firman Allah Subhanahu wa Ta’ala : “Janganlah kamu mendekati zina”, maknanya lebih dalam dari perkataan : “Janganlah kamu berzina” yang artinya : Dan janganlah kamu mendekati sedikit pun juga dari pada zina. Yakni : Janganlah kamu mendekati yang berhubungan dengan zina dan membawa kepada zina apalagi sampai berzina.

Faahisah adalah = maksiat yang sangat buruk dan jelek
Wa saa’a sabiila = karana akan membawa orang yang melakukannya ke dalam neraka.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Anak sekarang semakin kurang ajar!... mengapa?..

Kak Mah kesal sungguh dengan sikap anak2 yg menghantar ibu bapa di rumah orang tua... dan yg paling menyedihkan, sanggup membiarkan orang tua mereka mengemis di jalanan... apa nak jadi?.. anak kucing pun tak sanggup kita nak buang.. ni kan pula ibu bapa kandung...

Itu laa anak sekarang....dah nak kiamat agaknya......
Dunia dah nak berakhir.

Mengingatkan diri Kak Mah ( walaupun Kak Mah dah tak ada orang tua )dan anda juga, marilah kita berdoa tanpa jemu agar kedua ibu bapa kita sentiasa di dalam kesejahteraan di dunia dan akhirat.

“Ya Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa kedua-dua ibu bapaku serta rahmatilah (peliharalah) kedua-duanya seperti mana mereka memelihara aku sewaktu aku kecil.’’ Amin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

hal remeh ke?

Jangan cakap aku korang tak pernah dengar kisah hukuman sebat yang ditangguhkan ( kes Kartika).Aku tak faham + pelik + bingung + panas, kenapa hukuman di tangguhkan? Alasan² yang aku dengar, tukang sebat sedang di cari (aku gelak). Memang ni antara kes pertama perempuan di sebat atas kesalahan meminum arak. Tapi takkan la lambat sangat nak arrange untuk cari tukang sebat, sampai kena tangguh lepas ramadhan. Bunyi macam meremehkan hukum islam.

Akan berlambak² la maksiat² di bulan Ramadhan since orang tak takut dan tau hukuman akan ditangguhkan. “Ala, jom la projek, nak takut apa, bulan ramadhan, hukuman di tangguh, takde hal ah.”

Maybe ada “Orang²” yang dah mula rasa takut. Kalau ada perempuan pertama di sebat, lepas ni “Orang” tu pasti akan seram, mane tau anak² perempuan diorang pulak akan di sebat. Serious, aku malu duduk kat negara islam macam ni, perkara macam ni di ambil mudah. Macam mana orang nak takut dengan hukuman Allah, negara sendiri pun tak pandai handle kes dan hukuman ni. Sedih.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Giler,bosan dengan sandiwara politik

haha aku rasa sekarang korang sure dah nak termuntah kan?

hehe benci la dengan politik neh

tak habis2 since last general election

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS