RSS

Konda Kondi

Masa kecik2 dulu korang pernah tak main konda kondi? Kalau tak tau main tu kira rugilah. Seronok main permainan ini. Maklumlah dulu2 mana ada PC games ke PS2 ke. Bagi sesiapa yang tak tau permainan ini bacalah info di bawah ni.

Konda kondi atau juga dikenali sebagai Perik mata ialah sejenis permainan tradisional kanak-kanak di Malaysia. Dalam masyarakat India, ia dipanggil 'kaunda kaundi'. Permainan ini boleh dimainkan sekurang-kurangnya 2 orang.

Permainan ini menggunakan dua batang kayu sepanjang 0.5 meter. Sebuah lubang dikorek di atas tanah sedalam 0.2 meter dan lebar 0.2 meter juga. Kayu diletak di tengah lubang secara melintang. Sebatang kayu digunakan untuk menguit dan mengungkit kayu agar terpelanting jauh dari pemain lawan.

Kat sekolah Kak Mah permainan ini biasanya kami adakan semasa program RIMUP. Budak2 Kak Mah pun excited sangat!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Gambar rumah Rasulullah SAW

Bersyukurlah dengan teknologi internet kita dapat melihat sesuatu yang menarik. Gambar sisa runtuhan rumah Rasulullah SAW adalah diambil dari web Islamik luar negara.

Gambar tapak rumah Rasulullah SAW bersama Saiditina Siti Khadijah AS, tempat mereka tinggal selama 28 tahun. Di sinilah tempat lahirnya putera dan puteri Baginda,antaranya ialah yang sulung bernama Qasim dan yang bongsu, puteri kesayangan baginda yang banyak juga mencipta sejarah dalam Islam iaitu Fatimah Az-Zahrah.


Gambar runtuhan dari jarak dekat.

Pintu masuk ke bilik Rasulullah SAW dan Saidatina Khadijah AS
Sisa runtuhan Bilik Rasulullah Saw dan Sayyidah Khadijah as.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Daging Mc Donald Dijamin Selamat dan halal

Peminat2 McD pasti lega bila berita ni tersiar. Kak Mah bukan penggemar McD so tak adalah menjejaskan apa2 buat diri Kak Mah. So buat kawan2 Kak Mah bolehlah lepas ni singgah ya.

Produk Daging Dan French Fries McDonald’s Dijamin Selamat Dan Halal.

Berkenaan itu McDonald Malaysia telah mengeluarkan satu surat pekeliling yang mengatakan Produk mereka adalah halal kerana mereka telah membeli daging dari negara pengeluar lain yang negaranya diiktiraf oleh JAKIM.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS