RSS

Mogok

Selama ni Kak Mah hanya melihat bagaimana geram dan marahnya ibu bapa bila anak2 buat hal dan mogok ke sekolah. Kadang2 ibu murid tersebut pulak yg menangis bila anak2 buat ragam selama berhari2. Kesian pun ada...memang kesian pun.

Tapi bila anak sendiri buat hal dan mogok tidak mau ke sekolah, barulah Kak Mah tau betapa peritnya selagi masalah ini tidak diselesaikan. Utk mendapatkan tempat di sekolah yg agak popular ni, Kak Mah terpaksa merayu dgn pengetua dan PPD walaupun ketika itu penempatan sudah penuh. Tapi disebabkan result anak yg agak cemerlang, dia terpilih juga. Jadi bila anak buat hal tak mau meneruskan persekolahan di situ, Kak Mah agak terkilan dan marah juga.

Bagi mereka yg ada pengalaman mungkin sama spt yg Kak Mah lalui. Payahnya menyuruh anak bangun dan bersiap. Masuk bilik air tapi tak mandi2. Mendiamkan diri. Tuhan jer tau geramnya hati ketika tu. Kalau tak kerja mungkin tak jadi masalah tapi kita sendiri terkejar2. Sabar jerlah...

Akhirnya sebagai jalan penyelesaian terpaksalah akur dgn kehendak anak utk menyambung di sekolah biasa. Bukan kerana saya terlalu mengikut tapi Kak Mah juga ada tanggungjawab pd murid2 Kak Mah. Kalau berlarutan tugas dan tumpuan Kak Mah pd kerja terganggu. Cuma Kak Mah minta dia berjanji, memastikan prestasi dia tidak merosot.

Sebenarnya walau di mana pun anak kita belajar, ibu bapalah yg memainkan peranan paling penting. Pemantauan dari semasa ke semasa hendaklah kita lakukan. Hanya dengan cara ini kita dapat memastikan anak2 kita terkawal dari gejala2 yg kurang sihat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: