RSS

Sama-sama Berganding Bahu

Kak mah baru je selesai membuat post mortem ujian bulan september. Walaupun ada peningkatan dari segi kuantiti yang lulus, tapi kak mah kecewa kerana kualiti sedikit merosot. Pot pet jugalah kak mah pada budak2 tu kerana bersikap sambil lewa ketika menjawab ujian. Geram pun ada kerana pelajar yg diharapkan cemerlang, hanya setakat lulus saja. Untuk memberi sedikit pengajaran dan ingatan pada mereka, kak mah pun rotanlah tapak tangan mereka yg tidak mencapai tahap yg ditargetkan. Akibatnya ramailah yg mendapat habuan kak mah. Bukan saja mereka yg gagal...yg merosot gred pun kak mah bagi sekali sebagai peringatan supaya mengekalkan kecemerlangan atau melonjak lebih cemerlang.

Cikgu salah ke rotan awak??? cikgu benci ke rotan awak? Mereka biasanya akan menjawab...sebab cikgu SAYANG!!! bagus2, ingat pun mereka pesanan kak mah selama ni. Cikgu marah, cikgu denda awak bukan sebab cikgu benci...tapi sebab cikgu sayang awak, cikgu mahu awak jadi manusia yang berjaya dan berguna. Faham tak? Biasanya mereka akan mengangguk serentak sambil mata terkebil-kebil pandang muka kak mah. Kak mah tak mahu ada yang salah tanggapan dan ada aduan mengatakan kak mah mendera anak2 mereka walaupun mereka lulus. Alhamdulillah...sepanjang hampir 20 tahun berkhidmat kak mah belum lagi diduga dan bermasalah dengan ibu bapa mereka. Mudah-mudahan sampai kak mah pencen , kak mah dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab ini dengan sebaiknya. Insyaallah...

Laman sosial seperti Facebook atau Twitter juga turut menyumbang pada kemerosotan pelajar2 kak mah. Ada yang terlalu asyik sehingga masa mereka banyak dihabiskan di hadapan komputer. Ini diakui oleh pelajar kak mah sendiri. Kak mah hanya mampu memberi nasihat dan panduan agar mereka bijak membahagikan masa dan tahu apa yang lebih penting, namun apalah daya kak mah apabila mereka berada di rumah masing2. Harapan kak mah, ibubapa seharusnya mendisplinkan anak2 mereka dalam membahagikan masa di rumah. Ketegasan dalam mendidik perlu kerana anak2 di usia mereka masih mentah untuk memahami hala tuju hidup mereka di masa depan. Sama-samalah kita berganding bahu dalam menjalankan peranan masing2...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kak mah Kembali...

Lamanya kak mah tak update blog ni.... raya sakan ke kak mah ni??? Bukanlah mcm tu, selepas cuti hari raya kak mah sibuk sgt dengan tugas2 seharian yg tak pernah susut tu. Selepas terlibat dengan karnival PKG, kak mah sibuk pula dgn perkhemahan di sekolah kak mah. Ini pun kak mah baru saja balik dari lawatan ke KL/Selangor atas urusan kerja kak mah. Itu belum lagi dengan kerja2 rutin yg perlu kak mah bereskan setiap hari. Boleh semput dibuatnya...

Sebelum tu kak mah nak ucapkan tahniah kepada diri kak mah sendiri kerana telah berjaya meneruskan pengajian di semester ke 2. Walaupun keputusan semester 1 kak mah bukan di tahap cemerlang, namun kak mah bangga kerana telah lulus dengan jayanya. Berbaloilah dengan usaha kak mah selama ni. Sekarang pun kak mah sedang bertungkus lumus memahami segala kerja kursus yg diberikan utk sem kali ini. Insyaallah, kak mah akan buat sebaik mungkin tanpa mengabaikan tanggungjawab pada anak-anak didik kak mah. Di mana ada kemahuan..di situ ada jalan...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berbelanjalah Ala Kadar

Semalam kak mah sempat berjalan-jalan di sekitar bandar Manjung dan Sitiawan. Boleh tahan sesak juga jalan raya walaupun hujan turun renyai2. Di sana sini penjual dan promoter berteriak dan cuba mendekati pelanggan. Ketika sampai di bank, kak mah didekati dan dipujukrayu untuk menukar ASTRO biasa kepada ASTRO BEYOND atau untuk lebih mengujakan mengambil pakej yang boleh dirakam siaran. "Meriah nanti raya kak menonton siaran ASTRO . Akak boleh rakam kalau tak sempat tengok". Kak mah angguk dan ucap terima kasih jer. Yang kak mah dengar banyak sangat yang percuma! percuma! percuma! bila promoter2 ni mengiklankan barang2 mereka. Sana sini jualan murah hari raya. Yang kak mah pasti tiap ujung bulan bil yang perlu dibayar akan bertambah dan melambung tinggi kalau kita tergoda dengan semua yang ditawarkan!

Banyak juga tempat yang kak mah tinjau dan pastinya meriah dengan pengunjung yang datang untuk mencuci mata atau pelanggan yang mencari barang keperluan. Kak mah mungkin bukanlah tergolong dalam golongan orang yang begitu teruja untuk menukar perabot atau langsir setiap tahun. Rasanya langsir kak mah sekarang pun dah dua tahun kak mah guna. Masih kelihatan menarik dan belum pudar jadi kak mah rasa bukan satu keperluan untuk ditukar. Sofa lagilah mungkin dah lapan tahun digunakan dan masih berkeadaan baik, tak perlulah membazir membeli yang lain. Berhiaslah ala kadar.Yang penting rumah kelihatan kemas dan bersih. Ramadhan bulan keberkatan,bukan bulan pembaziran. Tak kiralah kita ni dari golongan sederhana atau kaya raya sekalipun.

Bercerita pasal persiapan hari raya ni teringat pula masa kak mah zaman kanak-kanak dulu. Ayah kak mah memberi kami dua pilihan sama ada ingin membeli kasut raya atau kasut sekolah yang baru. Biasanya jika kami melihat kasut sekolah sudah lusuh, kami akan memilih untuk membeli kasut sekolah. Maka berayalah kami dengan kasut sekolah tersebut! :-) Baju raya pula biasanya sedondon dan daripada kain-kain murah saja. Masa tu dah seronok sangat, sebab itulah masanya kami dapat memakai baju baru...Dalam seminggu tu dua helai baju raya itulah yang dicuci dan dipakai berulangkali bila bertandang ke rumah-rumah jiran. Itupun kami dah cukup megah menggayakannya :-)

Kuih-muih jangan katalah...pelbagai jenis biskut ada. Tinggal memilih dan tunjuk mana yang berkenan di hati. Bab biskut ni terkenanglah pula kak mah semasa zaman anak dara dalam lingkungan umur 16 dan 17 tahun dulu. Masa tu kak mah dengan adik memang membuat sendiri biskut raya ni. Kakak2 yang besar dah berkahwin,jadi kak mah dengan adiklah yang mengambil alih tugas menyediakan biskut2 moden ni. Emak kak mah hanya membuat kuih2 tradisional saja. Setakat menyediakan 10 jenis biskut tu memang petik jari jerlah orang kata. Nampak macam pakar jerkan...tapi sebenarnya biskut tu adunannya semua sama. Kak mah cuma buat dalam macam2 color jer. Nak nampak kelainan kak mah letaklah manik atau buah ceri di bahagian atas. Tapi kalau rasa...sumpah semuanya sama jer :-)

Begitulah masyarakat kita bila menjelang Ramadhan dan Syawal. Sanggup berhabis-habisan sama ada di pasar Ramadhan atau di Bazar Hari Raya. Kadang2 terfikir pula, betulkah bulan puasa ni untuk kita menahan lapar atau dahaga? Kalau dilihat dari perbelanjaan yang dikeluarkan untuk membeli makanan rasanya melebihi daripada hari-hari biasa. Jadi di mana fadilat puasa itu? Fikir-fikirkanlah dengan apa yang kita amalkan selama ini...Semoga kita semua mendapat keberkatan di bulan penuh kerahmatan ini.

Buat ibu bapa yang mempunyai anak-anak, beringatlah ketika berbelanja. Ada tanggungjawab yang lebih penting di hujung dan awal tahun nanti. Janganlah sampai setiap kali tiba waktu pembayaran buku dan yuran kita asyik memberi seribu alasan untuk menangguh pembayaran atau menimbulkan rasa kurang puas hati terhadap sekolah atas bayaran yang dikenakan. Jika kita sanggup berhabis untuk membeli barang sekadar untuk menunjuk dalam seminggu dua, mengapa kita tidak boleh berhabis untuk menanam modal/saham pada anak-anak kita untuk masa depan mereka... Ubahlah gaya hidup kita...Islam cara hidup kita.






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tarikan Pasar Ramadhan?

Diam tak diam dah hampir 2 minggu kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. Di Manjung tempat kak mah tinggal, di sana sini terdapat pasar Ramadhan yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Walaupun begitu, tarikan pasar Ramadhan belum lagi dapat mengugat keinginan kak mah untuk membelinya di situ...

Kak mah lebih seronok masak sendiri untuk menikmati hidangan berbuka puasa. Mungkin juga lauk pauk yang dijual bukan selera kak mah untuk membelinya. Atau kak mah perasan air tangan kak mah bila memasak lebih sedap daripada apa yang dijual di pasar Ramadhan itu :-). Mungkin juga...(dalam hati...memang betul pun...).

Biasanya kak mah akan melawat juga pasar tersebut di minggu2 akhir puasa. Masa tu semangat memasak dah berkurang ( sayang nak guna periuk belanga yang dah digantung )...semangat nak balik kampung jer yang berkobar-kobar! Maklumlah kak mah ni merantau di negeri orang...walaupun orangtua di Johor dah tak ada tapi semangat balik kampung tu tetap membara...Bukan senang kak mah nak dapat berkumpul dengan semua adik beradik setahun sekali.

Juadah berbuka puasa biasanya kak mah mengikut selera anak, sebab dialah yang paling banyak makan pun masa tu. Itulah budak2 sekarang, berbuka pun suka makan western food. Dah dua kali kak mah menyediakan juadah 'chicken chop' dengan pakejnya sekali. Satu lagi kegemaran anak kak mah makan nasi goreng pataya, Terpaksalah kuali kak mah tu tunggang terbalik nak menghasilkan nasi pataya yang berbungkus cantik...Bila tengok hasil masakan yang menarik semakin kuat keinginan kak mah untuk membuka kedai makan selepas pencen nanti :P . Mana taukan impian kak mah tu akan jadi kenyataan...

Bercerita bab pasar Ramadhan ni kak mah adalah kenangan ketika membeli lauk di sana tahun lepas. Biasalah kalau ke sana, biasanya kak mah carilah lauk yang kak mah minat. Kak mah teringin makan kerabu... maka belilah kak mah dekat satu gerai makcik tu ( perasan muda tu...). Kak mah mintak RM3 dengan harapan kerabu tu dapat kak mah ratah nanti. Dalam hati fikir mesti banyak tu sebab bahan2 murah jer. Walhasil balik asal...tak berbaloi sungguh...adalah dua sudu besar jer. Tak apalah mungkin termasuk kos penat dia memasak...redha... Tapi yang buat kak mah geram tu bila kerabu tu merenggut semua selera kak mah masa berbuka. Hilang selera! loya! Kerabu tu basi.......... Sejak tu kak mah langsung hilang minat membeli lauk-pauk di pasar Ramadhan.

Kalau kak mah teringin sekalipun, biasanya kak mah akan terus pergi ke gerai yang kak mah dah biasa sebab mereka ada restoran atau kedai makan. Kalau membeli di gerai peniaga segera ni kena berhati-hati sikit...mungkin sebab mereka tidak biasa berniaga, makanya lauk kadangkala cepat basi. Atau mereka sekadar boleh memasak tapi ingin berniaga...itupun satu hal juga. Pada kak mahlah , kalau ingin berniaga tu biarlah hasil yang dijual tu berbaloi dengan wang yang dibayar oleh pembeli. Rezeki lari kalau setiap pembeli asyik menyumpah seranah kita dengan apa yang kita berikan pada mereka. Tak guna untung hanya sehari...lepas tu pembeli semua lari....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menjelang Ramadhan

Dua hari lagi kita semua akan menyambut bulan Ramadhan al-mubarak. Bulan yang menjanjikan seribu satu kenikmatan. Di dalamnya terkandung pahala berlipat ganda, ketenangan beribadat, ketenangan hati dan kunci untuk mengawal nafsu. Bulan Ramadhan selalu kita nantikan kehadirannya setiap tahun. Alangkah baiknya kalau setiap bulan adalah bulan Ramadhan.

Setiap tahun kita sering mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna.. agar dapat kita lalui dengan sempurna. Mengenangkan diri ini yg terlalu cetek amalan, sayang kalau biarkan ramadhan berlalu begitu saja. Bila mengenang usia yang semakin hampir menuju ke separuh abad, maka sebanyak itu jugalah bilangan Ramadhan yang kak mah telah lalui.

Masih ingatkah lagi kenangan semasa kecil setiap kali menyambut kedatangan bulan yang mulia ini? Pastinya setiap orang mempunyai pelbagai kenangan masing-masing. Begitu juga dengan kak mah. Dalam usia 6 atau 7 tahun kanak-kanak di kampung kak mah sudah diwajibkan berpuasa dan bagi yang tidak berpuasa pastinya mereka juga terpaksa mengaku berpuasa untuk mengelakkan jadi bahan ejekan rakan-rakan. Ketika itu hanya bunyi paluan beduk dari surau atau masjid yang menjadi panduan sama ada untuk bersahur atau berbuka.

Menjelang pengumuman di TV ( masa ni kak mah dah berusia 9 tahun baru ada TV hitam putih yang dicas dengan bateri basah) oleh penyimpan mohor besar raja2, kak mah dan keluarga akan duduk beramai-ramai mengadap TV. Bagi orang dewasa tentu sekali mengharapkan anak bulan kelihatan, tapi bagi kanak2 seusia kak mah pastinya jika anak bulan tidak kelihatan disambut dengan gembira...kerana dapat makan lagi sehari! dan terdengarlah sorakan gembira kak mah dan adik2.

Sepanjang bulan puasa, kanak2 di kampung kak mah akan merancang pelbagai aktiviti untuk memenuhi masa sementara menunggu waktu berbuka. Antara permainan di bulan puasa ialah bermain ceper ( penutup botol), congkak, pondok2 dan sebagainya. Semakin hari menjelang senja biasanya kami sudah terjelepuk keletihan. Ketika ini segala benda yang boleh dimakan akan dikutip oleh kami. Contohnya putik jambu, mempelam, belimbing atau apa saja buah-buahan yang terdapat di sekeliling kami. Namun benda2 itu hanya menjadi bahan tontonan sahaja apabila waktu berbuka tiba. Dan begitulah selalunya...

Paling kak mah seronok semasa bulan puasa juga adalah disebabkan banyaknya juadah berbuka yang boleh dimakan ketika itu. Mana nak dapat makanan sebanyak itu jika di hari biasa... Setiap petang juga menjadi rutin kak mah dan adik2 akan menghantar juadah ke rumah2 jiran. Kami akan berbalas2 juadah dan jika ada lima buah rumah tentunya kami sudah mendapat lima juadah yang berbeza petang itu. Masyarakat di kampung ketika itu sememangnya sangat akrab dan ianya seakan menjadi tradisi setiap kali menjelang ramadhan.

Terlalunya banyak sebenarnya kenangan manis ketika menyambut ramadhan...Insyaallah jika berkesempatan kak mah akan berkongsi lagi kenangan2 lain sperti bermain meriam, memasang lampu pelita, membuat kuih dan lain2 lagi. Semuanya itu pastinya menjadi kenangan terindah yang tidak mungkin dapat dirasai oleh kanak2 di zaman ini.

Allah berfirman "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah: 183) dan "...berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" (Surah al-Baqarah: 184) merupakan tugas yang tidak ternilai faedahnya bagi umat Islam. Kewajipan yang dilaksanakan oleh semua umat Islam akan meningkatkan semangat perpaduan di kalangan mereka yang bertebaran di serata alam. Kenyataan ini berdasarkan dengan aktiviti yang dilakukan bersama-sama ini sekaligus menguatkan kekuatan spiritual. Nabi Muhammad s.a.w. juga memperincikan kepentingan Ramadhan seperti berikut:

"Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah..." (Diriwayatkan Ibn Khuzaymah).

Selamat menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hadapilah dengan tabah

Malam tadi kak mah terbaca satu pengumuman di sistem myguru mengenai keputusan peperiksaan semester yang lalu. pengumuman itu mengatakan bahawa pihak UPSI tidak pernah mengumumkan sebarang keputusan peperiksaan sebelum ini. Pengumuman tersebut pastinya berkait rapat dengan situasi panik yang berlaku di kalangan pelajar sebelum ini. Sehingga kak mah juga ada mendapat perkhabaran bahawa terdapat pelajar yang pengsan / pitam dan jatuh sakit apabila melihat makluman keputusan peperiksaan sebelum ini.

Hal ini berlaku kerana mereka terkejut dan kecewa dengan apa yang dipaparkan di dalam sistem. mereka yang bertungkus lumus dan tidak pernah gagal dengan apa juga tugasan mendapat markah dan gred yang sangat rendah berbanding mereka yang tidak aktif tetapi keputusan adalah "sangat baik" ! Bagaimana semua ini boleh berlaku? Adilkah keputusan sebegini untuk semua pelajar? Bagaimana pensyarah membuat keputusan? Kriteria apa yang digunapakai? dan bermacam-macam maklumbalas atas ketidakpuas hatian tersebut.

Mungkin pertanyaan yang bertubi2 inilah yang memaksa pihak UPSI membuat pengumuman tersebut. Sistem bukan manusia...maka pastinya berlaku kecelaruan dalam proses yang melibatkan beribu-ribu pelajar sehingga menimbulkan suasana panik tersebut. Kita juga harus akur bahawa inilah kali pertama pihak UPSI mengendalikan sejumlah pelajar yang begitu besar dalam pembelajaran secara PJJ dan online sepenuhnya. Banyakkan bersabar dalam menghadapai kemelut seperti ini. Insyaallah segalanya akan kembali pulih dan kita akan mendapat keputusan yang saksama dengan apa yang telah kita laksanakan dalam tugasan yang diberikan.

Sama2lah kita berdoa semoga kita berjaya melepasi halangan pertama ini dengan jayanya...dan pastinya semester akan datang akan lebih mencabar bagi kita semua. Alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan, alang2 mengenggam bara biar sampai menjadi arang....apa juga rintangan dan cabaran mendatang hadapilah dengan tabah dan semangat juang yang tinggi...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Realiti mimpi...

Dalam sesak nafas ini
aku terus berlari
ranjau duri ku harungi
tanpa ada rasa kesal
tanpa ada rasa jemu...

Meski ada suara-suara
yang meyakitkan
hati juga nurani...
untuk apa lagi?
tidak cukupkah gaji?
apa lagi yang dicari?

Bukan kekayaan yang ku cari
bukan niat meninggi diri
apatah lagi menyombong diri

Aku ingin mencabar diri
mampukah aku terus mendaki
di usia yang sebegini
demi mengapai sebuah mimpi
yang pernah bertahta di hati...

Aku pernah hampir rebah
bila cita hampir punah
kini peluang itu menghampiri
mengapa mesti aku hindari
aku bukan lagi bermimpi
aku yakin aku pasti
aku berpijak di bumi realiti....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lega Seketika...

Minggu lepas kak mah telah selamat menduduki peperiksaan akhir semester 1 di MRSM Taiping. Lega sedikit rasaya apabila berjaya menamatkan cabaran menyiapkan pelbagai tugasan dalam semester yang lalu. Kak mah hanya mampu berdoa dan bertawakal mudah-mudahan kak mah lulus walaupun bukan yang terbaik.

Dengan pelbagai kekangan tugas seharian kak mah akui tidak mampu membuat sesuatu tugasan yang diberikan dengan cemerlang. Belajar ketika usia semakin menginjak dan dengan beban tugas di sekolah yang tiada hentinya, tidak sama dengan usaha yang mampu kak mah buat ketika berada di maktab perguruan dulu. Namun kak mah yakin mampu mengharunginya sehingga ke penghujung...Insyaallah...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pandainya dia

Agak lama juga kak mah tidak berkesempatan meng'update' blog kak mah ni. Kekangan masa merupakan penyebab utama...'busy' dengan tugas ( sukan sekolah ) juga dengan 'assigment' (baru saja selesai) . Hari ni kak mah luangkan masa bertandang ke blog2 para blogger yang aktif menulis. Kak mah sangat tertarik dengan satu blog ni http://nanirostam.blogspot.com/ dan terus menjadi follower kepada blog tersebut.

Apa yang menarik hati kak mah adalah mengenai kebolehan memasak yang ada pada tuan blog tersebut. Teruja kak mah melihat resipi2 yang dipaparkan. Bukan saja resipi, malahan tuan blog tersebut menunjukkan gambar hasil masakannya. Pandainya dia...bisik hati kecil kak mah. Tuannya cantik bergaya, ditambah pandai memasak...Perfect! Kalau anak dara pasti jadi rebutan orangtua untuk dibuat menantu :-).

Kak mah ni bab memasak ni minatlah juga...kadang2 ada juga yang memuji masakan kak mah terutama masakan dari negeri kak mah Johor. Soto, lontong, laksa johor yang ada di Perak ni memang tak boleh lawanlah dengan air tangan kak mah ni...Kadang2 kecewa juga makan mi rebus atau mi bandung di sini. Ada ke patut mi bandung atau rebus bau ala2 masakan siam. Kalau balik Johor memang kak mah tak 'miss' singgah di Parit Jawa, Muar untuk menikmati mi bandung di situ. Atau singgah di benteng tepi sungai Batu Pahat untuk menikmati baryani gam restoran Shah...Aduhai kecur air liur...

Kak mah bab kuih muih ni ada "kureng" sikit membuatnya tapi bab menunjuk di gerai2 paling pandai! Itupun ada hati bila pencen nanti nak buka restoran di kampung kak mah sana...manalah tau kan satu hari nanti impian kak mah tu akan jadi kenyataan...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Timang Bulu Ayam

Kalau kita perhatikan permainan anak-anak zaman sekarang, semuanya hanya berkisar pada teknologi moden. Game yang pelbagai dan pastinya masa mereka banyak dihabiskan di situ. Mungkin itulah salah satu punca obesiti kanak-kanak zaman sekarang. Mereka kurang bersenam atau tidak melakukan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Bukan sebab nasi lemak yer datuk menteri...Nasi lemak tu warisan nenek moyang dan bukan punca utama masalah obesiti.

Ingat lagi tak sejenis permainan masa kita kanak-kanak dulu? main timang bulu ayam...Bestkan permainan itu. Di kampung kak mah kami panggil permainan "cap teh" entah macam mana ejaan atau sebutan kak mah kurang pasti ketika itu. Mungkin sebutan yang diikut dari seorang individu kepada individu yang lain agaknya. Walaupun bulu ayam ni ada dijual di kedai dengan haarga sekitar 20 sen ketika itu, tapi kak mah dan kawan-kawan lebih suka membuatnya sendiri. Haa...adalah yang jadi mangsa kami...siaplah ayam-ayam di kampung tu kena kejar dengan kami untuk mendapatkan bulunya. Biasanya ayam jaguh jantanlah yang menjadi mangsa sebab bulunya yang cantik.

ayam jaguh yang sering jadi mangsa

Kalau ayah-ayah kami menyembelih ayam lagilah kami seronok...pelbagai jenis bulu ayam boleh kami dapat tanpa bersusah payah. Kreatif dan agresif jugakan kanak-kanak zaman itu. Semuanya dibuat sendiri, menggunakan daya kreativiti yang pastinya begitu kreatif!

boleh diwarnakan kalau suka

Kanak-kanak sekarang? semuanya menunggu arahan dan perlu diterangkan dari A hingga Z jika ingin membuat sesuatu. Mereka malas befikir dan tidak berani mencuba kerana hidup mereka hanya disogokkan dengan permainan yang telah sedia ada. Mereka lebih senang untuk berkata "buat apa susah-susah nak buat, beli jelah di kedai". Itu jawapan yang seringkali kita dengar dari kanak-kanak sekarang. Mereka tidak tahu bahawa, hasil yang diperolehi dengan titik peluh sendiri nilainya amat berharga sekali pada pembuat atau penciptanya. Maka tidak hairanlah jika anak-anak kita kurang menghargai permainan mahal yang diberikan kepada mereka sekalipun. Rosak boleh beli lainkan...

permainan tradisional yang boleh menarik perhatian pelancong

Berbalik kepada permainan tadi, setelah bulu-bulu ayam itu diperoleh, kami akan mengikatnya dengan gelang getah. Setelah itu kami akan memotong tiub basikal yang tidak digunakan lagi sebagai tapak. Tapak getah itu akan dipaku untuk mencantumkan 2-3 lapis tiub getah tadi. Akhir sekali bulu ayam tadi akan diikat sekali lagi pada paku di tapak getah tadi. Jadilah 'capteh' bulu ayam kami yang pastinya menarik dengan liuk lentuk bulu ayam jaguh yang menjadi mangsa kami. Hebat bukan? Sekarang bolehlah bermain...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dua-dua dah jem!

Aduhai...dari malam tadi kak mah dah serabut kepala otak bila sistem myguru jem. Dahlah kepala kak mah pun jem sama. Nak submit assignment tak lepas lagi ni...kalau ikutkan tarikh akhir malam tadilah...dari petang cuba tak boleh...salah kak mah ke? atau salah mereka dan keluarga mereka (UPSI) hihi...

Maka bermesej-mesejlah kak mah dengan kawan-kawan sealiran, ada yang kata tarikh akhir 14/6 dan ada yang kata tak ada tarikh hantar pun! biar betul ni...takkan ikut suka kita je..kak mah cuma tau dalam soalan tempoh hari kata ujian 2 ini dijalankan selama seminggu dari tarikh soalan diumumkan ( Jumaat lepas), jadi secara logiknya tengah malam tadilah tarikh akhir. Betul ke kiraan kak mah ni...atau kak mah yang menjadi semakin tidak betul kebelakangan ni...hihi nauzubillah...

Lepas subuh tadi kak mah dah menghadap komputer,manalah taukan pagi-pagi 'line clear' . Nasib masih tidak menyebelahi kak mah, sistem masih tidak berfungsi. Bahagian submit masih lagi tidak boleh buka. Disebabkan kawan-kawan kak mah juga menghadapi masalah yang sama, kerisauan kak mah taklah di tahap yang serius kerana ini masalah 'internasional' bukan salah line internet atau pc kak mah..

Nampaknya hari ni kerja kak mah asyik berulang alik 'check' sistem jerlah. Kak mah nak buat kerja lain pun tak senang dibuatnya. jangan sampai dapur kak mah tak berasap memikirkan masalah ini sudahlah...banyak pula mangsa yang menjadi korban kebuluran nanti...hihi. Inilah antara cabaran dan kekangan yang terpaksa kak mah tempohi di dalam proram PPG dalam semester pertama ini. awal Julai ni pula peperiksaan akhir semester pertama akan bermula. Sempat ke kak mah nak mengulangkaji ni ? Kak mah boleh! :-)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lastik Gelang Getah

Nampaknya cuti sekolah kali ini kak mah tak berkesempatan balik ke kampung kak mah di Johor sana...banyak sangat kekangan. InsyaAllah jika ada waktu senggang nanti dapatlah kak mah balik ke kampung yang sangat kak mah rindui itu...Macam-macam kenangan silam akan berputar di fikiran setiap kali kak mah teringat kampung halaman kak mah itu. Sambil membuka bungkusan plastik yang diikat dengan gelang getah pun, otak kak mah boleh menerawang ke zaman kak mah kanak-kanak dulu...
Gelang getah...objek itu begitu sinonim dengan zaman kanak-kanak masa tu. Selain dijadikan tali skipping ( sekarang diganti dengan pelbagai jenis tali ), gelang getah juga cukup diingati untuk satu lagi permainan. Nama permainan tu kak mah dah lupa...tapi kak mah masih ingat perkataan "gundu" iatu ibu getah yang ditocang sebagai peledak untuk melastik getah yang dipertaruhkan.Permainan ini biasanya dimainkan oleh lebih daripada dua orang pemain. Setiap pemain akan mengeluarkan sejumlah gelang getah yang ditetapkan. Gelang getah tersebut akan dikumpul dan diikat pada satu palang kayu seperti yang kak mah paparkan di bawah. Kemudian kami akan bergilir-gilir melastik menggunakan getah gundu tadi...sesiapa yang berjaya menjatuhkan gelang getah itu sebanyak mungkin, dia berhak memilikinya. Begitulah..sehingga semua gelang getah tersebut berjaya dijatuhkan.
Permainan ini dimainkan oleh semua kanak-kanak tanpa mengira jantina di kampung kak mah. Maklumlah di zaman tu mana ada gejala-gejala sosial seperti sekarang. Kanak-kanak di zaman tu fikirannya begitu suci dan tulus, tanpa ada anasir-anasir yang berniat jahat walaupun kami berlainan jantina. Kak mah masih ingat lagi sebahagian nama teman-teman sepermainan kak mah. Antaranya, Ros ( Rosnah ), Empok ( Kamisah ), Etom ( Kalsom ), Min ( Habsah ), Lis ( Norliza ), Mas ( Maznah ) dll ...sementara yang lelaki pula seperti Wawok ( Md Shah ), Atan ( Mohd.Rohaizat ), Mail ( aruah Mohd.Zuhairi ), Keling ( aruah Rosli ) dll...Memang sungguh menyeronokkan ketika itu, Permainan ini secara tidak langsung membolehkan kanak-kanak ketika itu cekap mengira ( bagus untuk matematik ). Buktinya sekarang kak mah jadi cikgu matematik :-) . Harga gelang getah ketika itu cukup murah. Dengan 10 sen kita boleh dapat sebanyak 30-60 utas gelang getah yang pelbagai warna. Kami beli di kedai cina yang kami panggil Ah Lee di simpang kampung. Semuanya masih segar di ingatan...lebih-lebih lagi bila merindui kampung halaman...

Untuk yang sudah lupa atau tidak pernah melihat permainan ini, kak mah paparkan gambar-gambar berkaitan...terkenang-kenang tak?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ada Yang lebih Penting

Nampaknya blog kak mah kebelakangan ini banyak berkisar pada program PPG yang kak mah ikuti. Walaupun minat untuk menulis pelbagai perkara sentiasa ada, namun kekangan masa membuat kak mah terpaksa melupakannya untuk sementara waktu. Terlalu singkat rasanya masa yang berlalu setiap hari. Siap satu assignment, yang lain pula menunggu...

Kak mah masih dianggap bertuah kerana dalam usia sebegini tidak ada lagi gangguan atau keperluan anak-anak yang memerlukan perhatian yang banyak. Bagi sahabat2 yang masih lagi mempunyai anak2 kecil pastinya cabaran yang dihadapi lagi hebat. Mudah-mudahan ianya tidak menjadi suatu bebanan yang boleh melemahkan semangat mereka untuk belajar. Yakinlah sesuatu yang sukar itu pastinya akan membuahkan kemanisan di penghujungnya. Kalau bukan kita yang menerima, mungkin anak2 kita nanti. InsyaAllah...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cabaran Semakin Terasa

Kak mah perlu bersemangat! usah mengalah dengan cabaran yang memerlukan komitmen yang tinggi ini. Minggu pertama cuti persekolahan , namun kak mah dan keluarga belum berpeluang bercuti ke mana-manapun. Masa kak mah banyak dihabiskan mencari bahan untuk menyiapkan assignment yang datang mencurah. Di samping itu kak mah juga perlu melibatkan diri dalam tajuk-tajuk forum yang bertali arus masuk di dalam group EL kak mah. Tercungap-cungap juga berhadapan dengan semua ini dalam usia yang semakin tua...tua ke? hihi.

Kalaulah kak mah seorang yang buta IT mungkinkah kak mah dapat bertahan dengan pelbagai sistem yang agak kompleks dalam mengharungi kuliah secara sedemikian rupa. Kak mah amat bersyukur meskipun dalam usia begini pengalaman sebagai guru media yang didedahkan dengan pelbagai software dan program terkini membantu kak mah menerimanya sebagai sesuatu yang biasa. Hanya adakalanya maklumat yang diperolehi atau diberikan agak kurang jelas bagi kami yang mengikuti progran PPG secara PJJ online ni.

Sesuatu yang pelik juga kerana kami menerima arahan yang berbeza dari pensyarah setiap subjek. Selain menghantar secara online ada juga pensyarah yang meminta kami menghantar 'hard copy' bercetak ke UPSI. Tertanya2 juga di dalam hati mengapa begitu? Sesuatu yang mudah dirumitkan lagi kerana terpaksa menguruskan penghantaran melaui pos. Kak mah tidak mahu berfikiran negatif, mungkin ada rasionalnya pensyarah tersebut memilih cara tersebut. Namun menjadi harapan saya semoga sistem PPG ini akan dapat diselaraskan dengan sebaiknya nanti. Tahun pertama menjalankan program yang melibatkan puluhan ribu guru pastinya terdapat kekangan di sana sini.

Terima kasih kerana memberi kak mah peluang menjadi perintis program ini dan pastinya kak mah akan menyahut cabaran ini dengan penuh semangat dan iltizam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Buat sebaik mungkin...walau bukan terbaik

Kelmarin dan hari ini merupakan hari kuliah bersemuka bersama pensyarah jika mengikut jadual asal semasa pendaftaran dulu. Disebabkan kedatangan untuk kuliah ini tidak lagi diwajibkan maka kak mah tidak menghadirinya disebabkan hari sabtu adalah hari bekerja ( cuti berganti ). Kekangan masa yang mendesak untuk memberi maklumbalas terhadap tajuk-tajuk forum yang diberikan juga merupakan faktor kak mah dan rakan-rakan berasa lebih penting menyiapkan tugasan yang sedia ada berbanding kami terpaksa berjalan jauh menghadiri kuliah tersebut. Walau bagaimanapun jika kami betul-betul memerlukan bantuan pensyarah untuk memahami sesuatu isu yang kami tidak faham, sudah pasti kami akan merujuk pada mereka pada kuliah2 akan datang.

Tugasan mendatang yang perlu kak mah siapkan ialah tugasan Bahasa Inggeris. Kami diminta membuat satu esei mengenai dua program bahasa Inggeris yang dijalankan di sekolah. Tugasan ini menyumbang 20% daripada keseluruhan markah untuk semester ini. Tugasan ini harus diselesaikan sebelaum 25 Mei 2011. Buat masa ini kak mah sibuk mengumpul bahan-bahan yang berkaitan yang diperolehi dari rakan2 yang mengajar subjek tersebut juga bahan-bahan sampingan lain yang dikira dapat membantu. Mengenai penggunaan Bahasa Inggeris kak mah yang sedikit lemah untuk menyiapkan esei ini bukanlah satu masalah yang besar pada masa ini. Kita beruntung kerana terdapat pelbagai kemudahan di internet yang dapat membantu kita melakukan terjemahan bahasa dengan begitu baik sekali.

Prinsip kak mah ialah, cuba sedaya yang termampu dan jangan sekali mengalah dalam menyiapkan tugasan yang diberi. Mungkin bukan waktunya kak mah mampu buat yang terbaik atau mengejar yang terbaik...bagi kak mah dapat menyiapkan apa yang diminta dengan sebaik mungkin sudah merupakan satu kejayaan yang besar buat diri kak mah...InsyaAllah...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Timbul Masalah lain

Pada 16/4/2011 yang lepas kak mah dgn ahli kumpulan telah pun berjaya menyiapkan tugasan KPD 3016 dengan jayanya. Gembira sungguh kerana semuanya siap mengikut masa yang ditetapkan. Dengan semangat yang berkobar-kobar, kami pun menghantar assignment tersebut melalui email kepada pensyarah@tutor kami semasa kuliah kali pertama dulu.Segalanya berjalan lancar, walaupun ada sedikit kebimbangan jika email kami tidak sampai atau masalah-masalah lain. Kami hanya mampu berharap semuanya ok.

Beberapa hari kemudian, terdapat pula maklumat bahawa tugasan tersebut dihantar pada orang yang salah. Kami sepatutnya menghantar kepada pensyarah yang ada di MYGURU2. Itupun hanya jangkaan kami berdasarkan info yang masih kurang jelas hingga saat ini. Untuk memastikan tugasan kami sampai, saya menghantar salinan tugasan itu kepada seorang lagi pensyarah yang dijangka betul ( walaupun masih lagi samar ). Pening kepala memikirkan hal ini...

Assignment dah mula sampai bertimpa-timpa, tetapi jika kami masih gagal mendapat maklumat tepat kepada siapa kumpulan EL1 kami harus hantar..kacau bilau juga jadinya. Harap-harap pelbagai komentar mengenai masalah ini yang diutarakan oleh ramai guru mendapat perhatian sewajarnya dari pihak yang berkenaan. Bila memikirkan masalah ini, sememangnya kami rasakan kuliah secara bersemuka sebulan sekali tu amat-amat diperlukan. Berkomunikasi secara berdepan rasanya lebih jelas berbanding menghadap komputer yang adakalanya mengelirukan dengan pelbagai info dari banyak pihak.

Hujung minggu ini pada 23-24/4/2011 kami akan menjawab soalan-soalan yang diberikan dalam bentuk kuiz secara online. Sebanyak 20 % markah diambil dari sesi ini yang dijalankan sebanyak 3 kali. Nampaknya saya terpaksa luangkan sedikit masa untuk mentelaah subjek ini dalam 2/3 hari ni. Dalam usia yang semakin ...ini rasanya daya ingatan pun dah semakin lemah untuk mengingat untuk jangka masa yang lama. Mungkin terpaksa 'study last minute' baru ok kot...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Manja Biar Bertempat

Berhadapan dengan pelbagai kerenah anak murid adakalanya cukup memenatkan fizikal dan mental kak mah...namun begitu jika mereka berjayakan meluahkan apa yang dipelajari dengan begitu baik semasa dalam ujian atau peperiksaan ianya sekaligus memadamkan segala kepenatan yg ditanggung...

Kak mah juga cukup letih jika melihat banyak sgt kes komplen dari ibu bapa mengenai anak2 mereka di sekolah. Kalau kes tu betul salah di pihak guru kak mah tak kisahlah...memang patut, tapi kalau kes yg remeh temeh tu tak perlulah kecoh sgt...kalau dah memang anak kita salah dan patut dimarah, terima jerlah. Takkanlah itu pun kita sebagai ibu bapa nak bela dan menangkan anak kita. Tak hairanlah budak2 tu semakin mua dan mengulangi kesalahan yg sama...cikgu marah, mak bapak bela! Yang hairan tu kdg2 anak2 buat cerita putar belit pun mak bapak boleh percaya bulat2...bukan nak siasat atau bertanya guru yg terlibat dulu...main serang jer !

kak mah bukan nak berpihak pada mana2...tapi kak mah juga sebagai ibu pada anak yg bersekolah...kak mah letakkan sepenuh kepercayaan pada pihak sekolah utk mengajar dan mendidik anak kak mah semasa di sekolah. Sebagai ibubapa semasa di rumah menjadi kewajiban kita pula mendidik mereka dgn nilai2 yg sepatutnya. InsyaAllah jika dua2 pihak memainkan peranan masing2, pastinya anak2 kita merupakan anak yg tidak akan menimbulkan apa2 masalah sama ada di sekolah atau di luar...

Entahlah kdg2 dua kali fikir, kita sebagai ibu bapa terlalu memanjakan anak2 sehingga mereka langsung tidak boleh disentuh...mustahillah sebagai guru, kita suka2 jer nak marah atau denda murid tersebut jika tak buat apa2 kesalahan. Mungkin dah putus satu wayar di kepala kalau ada yg bertindak sedemikian. Bila melihat fenomena sebegini kak mah teringat kembali zaman persekolahan kak mah dulu...

Jangankan nak komplen kena marah atau denda oleh cikgu, nak tunjuk buku rekod pun satu penyiksaan rasanya. Kalau ada subjek yg merah, dah pasti kak mah akan terima habuan seperti rotan dan bebelan dari ayah kak mah .Jika ada murid yg diambil tindakan disiplin kak mah selalu cerita dgn mereka zaman kak mah sekolah seperti mereka dahulu. Kak mah zaman sekolah dulu kira budak baiklah ( bukan puji diri tau...). Jarang sekali kena marah dgn cikgu... jadi kak mah katalah pernah satu hari kak mah kena tumbuk oleh cikgu bahasa inggeris kak mah...terlopong mereka. Kenapa cikgu? cikgu buat salah apa? cikgu tak buat kerja sekolah ke? cikgu bohong ke? cikgu main ke masa cikgu mengajar? dan bermacam2 persoalan yg ditimbulkan oleh murid kak mah...

Kak mah kata lagi..sampai sekarang dah hampir 38 tahun peristiwa itu terjadi kak mah masih ingat lagi...kenapa jadi macam tu? sebabnya kak mah tak pernah kena denda atau marah oleh cikgu, jadi bila hal ini terjadi sampai bila2 pun kak mah takkan lupa...berbanding dgn kamu yg suka sgt buat kesalahan dan didenda hari2...apa salah cikgu? itu yg mereka ingin tau sgt2...salah kak mah cuma masa cikgu bahasa inggeris tu mengajar, kak mah menoleh ke arah luar bilik darjah sebab ada seorang makcik lalu...tiba2 jer kak mah rasa lengan kak mah sakit...rupa2nya cikgu bahasa inggeris kak mah nampak kak mah tak fokus semasa dia mengajar jadi dia bagi satu tumbukan di lengan bahu kak mah. Masa tu kak mah darjah dua, tentulah rasa sakit sgt sebab cikgu bahasa inggeris kak mah tu besar! Sampai skg kak mah ingat lagi namanya! MR.KUMAR ! Thank you sir...

Cuba kamu fikir kesalahan yg kamu lakukan dgn kesalahan cikgu dulu...mana lagi teruk ? kami lagi teruk !!! Jadi kalau kamu dimarah atau kena denda patut atau tidak? Patuttt!!! serentak mereka menjawab... Berpada2 lah memanjakan anak...jangan sampai satu masa kita pula yg dipijak disebabkan terlalu memberi muka kepada mereka...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Gagal Memasukki MyGuru2

Awal pagi tadi seorang rakan meluahkan rasa terkilannya kerana sudah 2 hari dia gagal utk memasukki MYGURU2. Segala maklumat terkini gagal diketahui akibat line internet yg mempunyai kelajuan mengakses yg rendah atau berkemungkinan juga berlaku kesesakan penggunaan dalam sistem MYGURU2 itu sendiri. Bayangkanlah lebihkurang 30 000 orang pengguna bersesak-sesak utk memasukki sistem tersebut dalam masa yg sama.Akibatnya rakan kak mah masih gagal utk mengambil bahagian dlm topik forum yg telah diberikan oleh pensyarah di group EL masing2. Pastinya jika hal ini berlarutan dan topik telah di 'OFF' peluang mereka utk mendapatkan markah bagi sesi forum ini terlepas begitu sahaja.

Jika dilihat daripada jumlah mereka yg terlibat dlm sesi group forum ini ,sememangnya masih sedikit berbanding jumlah sebenar ahli kumpulan. Sama ada masalah line atau mereka gagal utk menguasai sistem itu sendiri hanya mereka yg tahu, Berdasarkan persoalan2 yg diutarakan di ruangan general forum, ramai yg masih tidak 'jumpa' di mana group EL mereka utk berforum. Kes2 sebeginilah yg menjadikan sesi bersemuka dgn pensyarah amat2 sangat diperlukan, bukan sahaja utk berinteraksi mengenai subjek yg diajar tetapi juga menyelesaikan masalah2 sebegini. Sentiasa berhubungan sesama rakan amatlah membantu dlm hal ini...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kejutan Baru

Kelmarin satu lagi kejutan berlaku dlm program PJJ yg sedang saya ikuti. Jika sebelum ini program ini telah dianggap cukup adil dan mudah bagi kami golongan guru yang bekerja kerana tidak perlu menghadiri kuliah setiap minggu. ( hanya 2 hari dlm sebulan ).Kejutan yg berlaku bukanlah kerana kami perlu lebih kerap menghadiri kuliah tetapi kuliah secara bersemuka itu tidak ada sama sekali! Pelik tapi benar!. Walaupun ada sesetengah pihak menyambut berita ini dengan gembira, tidak kurang juga yg meluahkan perasaan tidak bersetuju mengenai hal ini. Ada pro dan kontra di dalam hal ini. Kak mah sendiri tidak tahu bagaimana harus menerima pengumuman ini. Gembira? Mungkin ia dan ada waktu-waktunya mungkin tidak. Gembira, mungkin kerana kak mah tidak lagi perlu lagi ke Taiping dan bermalam di sana selama 2 hari setiap awal bulan untuk menghadiri kuliah yg bermula awal pagi dan berakhir lewat petang. Walaupun sebenarnya ada waktu-waktunya kita perlu hidup sedemikian utk lebih fokus terhadap pengajian.

Sebenarnya ada masanya kita memerlukan bimbingan dan penerangan yg jelas dari pensyarah mengenai tugasan yg diberikan , maklumlah belajar secara online kita disogokkan dengan pelbagai andaian dari rakan2 sehingga ada kalanya kita keliru mana yg perlu diikuti. Walaupun dikatakan akan ada video conference bersama pensyarah secara langsung, sejauhmana pula semua pelajar telah bersedia untuk melaluinya? Ramai yg masih terkial2 utk memuat turun modul, assignment dan pelbagai bahan yg diberikan secara online, inikan lagi utk bersedia dgn video conference yg pastinya memerlukan liputan line internet yg cukup baik di kawasan masing2 .Bagaimana pula dengan mereka yg berada di luar kawasan liputan internet tersebut?, sedangkan mengikut maklumat yg diberikan sidang video tersebut diadakan pada waktu malam!. Mungkin mereka terpaksa pula keluar ke bandar pada waktu malam.

Walaupun kak mah secara peribadi tidak menganggap ini sebagai satu kekangan utk kak mah meneruskan PJJ ini, tapi kasihan juga pada rakan2 yg berhadapan dgn masalah seperti yg kak mah nyatakan tadi. Semoga mereka semua menjadikan ini sebagai satu cabaran utk kita sama2 meraih sebuah kejayaan pada akhirnya nanti. InsyaAllah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tugasan Kumpulan EL A14

Semalam kak mah dan rakan2 kumpulan EL A14 seramai 3 orang berkumpul di rumah kak mah utk menyiapkan tugasan yg perlu dihantar sebelum 16 April ini... Kebetulan pula anak perempuan kak mah juga berkumpul dgn rakan2 sekolahnya utk menyiapkan kerja kumpulannya. Dalam hati rasa nak tergelak pun ada kerana bukan saja anak sibuk dgn kerja sekolahnya, ibunya juga dah serupa macam anak murid juga...Kasihan si bapa, terpaksa melayan diri sendiri...

Alhamdulillah, tugas sebagai pendidik menjadikan assignment yg diberi di peringkat awal ini agak mudah diselesaikan kerana ianya berkaitan dgn tugas seharian kita. Kami sepakat memilih subjek Sains sebagai bahan kajian memandangkan subjek tersebut agak menarik utk sesi pembentangan nanti jika ada. Walaupun tidak dapat disiapkan sepenuhnya, kami membuat agihan tugas mengikut bahagian masing2.

Mengikut arahan yg diberikan, kami perlu menghantar satu salinan assignment secara online, manakala hard copy dalam bentuk CD dan cetakan perlu diserahkan semasa sesi bersemuka kali ke 2 nanti. Syukur ke hadrat Illahi kerana tugas sebagai Guru Media & Perpustakaan selama ini banyak membantu saya utk mengharungi kehidupan sebagai mahasiswi secara PJJ ini. Kemahiran ICT yg saya perolehi dari kursus2 PSS begitu membantu kak mah utk mengikuti program ini secara online dan juga membuat assignment dlm pelbagai medium.

Walaupun terpaksa meluangkan masa menghadap komputer lebih lama drp biasa setiap hari, seharusnya kita bersyukur kerana ianya lebih mudah berbanding kita terpaksa meninggalkan keluarga utk kuliah setiap hujung minggu seperti program2 PJJ sebelum ini....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Antara Tugas dan Tugasan

Menjalankan tugas dan membuat tugasan adalah sesuatu yg berbeza jika dilihat dari sudut yg lebih luas. Pastinya menjalankan tugas adalah rutin dan tanggungjawab saya sebagai seorang pendidik di sekolah. Ianya adalah keutamaan dan amanah yg diberikan tanpa boleh dinafikan atas apa jua alasan. Amanah adalah sesuatu yg berat utk kita pikul khususnya sebagai pendidik. Kealpaan dan memandang remeh tugas ini disebabkan hal2 lain pastinya kita akan dipertanggungjawab di akhirat nanti.

Manakala tugasan adalah kerja2 yg diberikan pada kita yg perlu kita selesaikan sama ada sebagai pendidik atau juga seorang mahasiswi. Tugasan2 yg diberikan yg menyimpang dari tugas wajib sebagai seorang pendidik utk mendidik anak bangsa adakalanya menjadi kekangan utk seorang guru melaksanakan P&Pnya dgn lebih berkesan. Kerja2 perkeranian seperti membuat analisis, menyiapkan fail2 yg pelbagai, soal selidik dan bermacam-macam lagi yang diarahkan oleh pihak2 tertentu ada kalanya menjadikan kita sebagai pendidik merasa cukup terbeban. Tidaklah menghairankan jika kita terbaca guru adalah antara penghuni yg paling ramai mendiami hospital2 bahagia atau permai di negara ini.

Saya sebenarnya ingin menjurus kepada tugasan yang diberikan oleh pensyarah kepada kami. Walau sepenting mana pun tugasan yg diberikan utk kita menyiapkannya dlm tempoh masa yg ditetapkan, ianya tetap merupakan tugas ke 2 atau ke 3 kita. Menyambung belajar adalah atas kehendak kita sendiri dan ianya tidak seharusnya menganggu tugas kita sebagai pendidik. Kita semestinya bijak mengendalikan status kita sebagai pendidik dan juga pelajar. 'Work Smart' walaupun adakalanya kita juga terpaksa 'Work Hard' utk merealisasikan kedua-dua tugas ini sentiasa cemerlang tanpa memangsakan pelajar2 yg merupakan amanah dan tanggungjawab kita.

Saya sering mengingatkan pada diri agar tidak mencampur adukkan  kedua2nya di sekolah kerana ianya pasti mengundang persepsi yg negatif daripada pihak2 tertentu. Seboleh mungkin saya tidak akan membincangkan perkara2 berkaitan program PPG yg sedang saya ikuti di sekolah dengan rakan2 yg sama2 terlibat . Kami juga telah mengambil keputusan utk menjadikan hujung mingggu kami sebagai masa utk kami berkumpul dan berbincang mengenai tugasan2 yg harus kami siapkan. Inilah yg terbaik dapat kami lakukan setakat ini...Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan buat kami..Amin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tugasan Sudah Bermula...

Dua tiga hari selepas kuliah...tugasan sebagai mahasiswi sudah bermula. Kami dihendaki turut serta dalam aktiviti forum dalam kumpulan EL( e-learning) yg ditetapkan. Terkial-kial juga kak mah mencari di mana tajuk forum diberikan. Pelbagai persoalan ditimbulkan oleh pelajar di dlm ruangan general forum disebabkan berlaku kekeliruan sehingga mereka memberikan respon atau topik di tempat yg salah.

Perbagai gelagat dpt dibaca berdasarkan pertanyaan2 yg dikemukakan...sesuatu yg baru sememangnya akan mengambil sedikit masa untuk kami memahami dan memahirkan diri. InsyaAllah perjalanan selama 4 tahun ini pastinya akan menjadikan kami semua cekap dgn pengajaran secara online ini. Apa yg perlu hanyalah mengamalkan dan latih tubi...pastinya segalanya akan menjadi mudah.

Membuat topik lebihkurang 50 patah perkataan sememangnya agak sukar utk saya menerangkan sesuatu pendapat atau penjelasan. Kak mah harus memahirkan diri utk menjadikan sesuatu yg dikarang itu tepat,padat dan jelas tanpa menggunakan ayat yg berbunga-bunga atau berbelit-belit. Di zaman yg bergerak pantas ini kita hanya inginkan jawapan...tanpa membuang masa pada sesuatu yg melambatkan proses pembelajaran itu.

Pemarkahan akan diberikan pada setiap topik atau respon yg kita berikan...semuanya akan direkod secara automatik dan pastinya ia sesuatu yg sukar utk pelajar mengelat bagi mendapat markah..adilkan?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Misi Baru Bermula

Sesi kuliah secara bersemuka dengan pensyarah bermula pada 2 dan 3 April yg lepas. Menyambung semula pengajian setelah sekian lama ditinggalkan memberi rasa yg berbeza bagi diri kak mah. Perjuangan ilmu memang tidak pernah berbeza matlamat asalnya cuma masa dan usia sahaja yang tak serupa, yg mungkin sedikit menghadapi kekangan .

Bersemangat rasanya nak sambung belajar semula lepas membekukan diri sejak sekian lama . Seperti enjin yang dihidupkan semula lepas berhibernasi bertahun-tahun lamanya. Pastinya target baru yang kak mah nak letakkan bila belajar kat sini. Apa targetnya hanya kak mah dengan Allah jerlah yang tahu.


Moga-moga dapat belajar dengan tekun dan tabah dalam usaha mempersiapkan diri sebagai pendidik di dunia moden alaf baru. Selamat berjuang kak mah titipkan buat rakan seperjuangan yang lain. Selamat menempuh ranjau berliku dengan penuh kesabaran kerana ia memang sunnah orang berjuang. InsyaAllah sampai ketemu di puncak kejayaan dihujungnya nanti.... InsyaAllah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Program Jarang Jumpa

Selepas mendaftar dan mendengar taklimat yang diberikan oleh pihak UPSI...pelbagai perkara bermain2 di minda. mampukah kak mah? Program PJJ yg selama ini dikenali sbg program jarah jauh kini diberi maksud baru sebagai program jarang jumpa...maklumlah program ini lebih berfokus kepada pengajaran melalui online. Walaupun kedengarannya agak mudah dan lebih santai bagi kami yang bekerja kerana tidak perlu menghadiri kuliah di kampus setiap minggu namun pastinya kak mah perlu lebih peka dengan maklumat2 yg disampaikan melalui online. Jika tidak pastinya kak mah akan ketinggalan...

Minggu pertama mengadap komputer utk mengikuti kuliah secara online, kak mah agak kelam kabut dan keliru dengan maklumat2 yg diberikan...tidak dapat membezakan tugasan dengan pengumuman yg dikhaskan utk kami atau yg ditujukan utk pelajar sepenuh masa...nasib kak mah agak baik kerana mempunya 3 orang rakan sama sekolah yg mengikuti program ini....Kami sentiasa bertukar2 maklumat utk memastikan tidak ada maklumat dan tugasan yg tercicir...Alhamdulillah...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perjuangan Baru Bermula...

Alhamdulillah kak mah dah selamat mendaftar sebagai pelajar baru UPSI Tanjung Malim pada 19 April 2011 yang lalu. Melalui program PPG yang ditaja sepenuhnya oleh KPM, saya berpeluang melanjutkan ke menara gading. Walaupun liku2 perjalanan masih jauh, kak mah bertekad menerima cabaran dan peluang yang diberikan ini hingga ke akhirnya...InsyaAllah..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sekali air bah..sekali pasir berubah...

Akhirnya saat yang dinanti untuk bergelar mahasiswa ( lagi tepat mahasistua ) telah pun tiba. Pada 19 Mac 2011 yang lalu bertempat di UPSI Tg Malim, kak mah mendaftar sebagai pelajar untuk program PJJ atau lebih dikenali sebagai Program Pensiswazahan Guru (PPG) bagi sesi 2011-2015. Alhamdulillah , walaupun masih agak samar dengan cara perjalanan program ini..kak mah begitu bersemangat dan teruja untuk mengikutinya...semoga semangat yang berkobar-kobar ini akan terus berkekalan hingga kak mah berjaya meraih segulung ijazah nanti...
Siapa pernah menduga dan menjangka cara belajar di negara kita akan mengalami perubahan sedemikian rupa... daripada belajar dengan menggunakan papan batu kepada papan hitam di mana ketika itu guru2 dan pelajar terpaksa berhadapan dengan habuk kapur,

kemudian bertukar pula kepada 'white board' dan terus kepada paparan skrin besar di dinding dengan teknologi komputer ...

dan terkini kak mah hanya perlu menghadap skrin komputer atau laptop di rumah untuk mengikuti kuliah yang diberikan oleh pensyarah dari universiti tanpa perlu menghadiri kelas setiap minggu seperti program2 sebelum ini.

Kak mah bersyukur kerana dapat mengalami dan melalui semua itu...entah bagaimana pendidikan cucu cicit kita di masa akan datang...wallahhualam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Iktibar dari Sejarah Silam

Dua minggu lepas, murid-murid kak mah belajar petikan cerita mengenai pengalaman seorang datuk semasa zaman Jepun. Azab sungguh zaman tersebut dan anak-anak murid kak mah seakan tidak percaya nenek moyang mereka menempuh pengalaman hidup sedemikian rupa.

Kak mah meyakinkan mereka semua hal seperti ditawan askar Jepun, dipaksa membina landasan kereta api maut di sempadan Siam-Burma sememangnya berlaku pada zaman itu. Kesukaran hidup dan nyawa yang sentiasa terancam jika melarikan diri. Siksaan kejam memang perkara biasa ketika itu. Masa bercerita tu kak mah terpaksalah tunjuk espresi muka dan gaya yang buat mereka yakin!

Masa kak mah kanak-kanak dulu, nenek kak mah suka bercerita mengenai kehidupan zaman Jepun ini. Bayangkanlah adakalanya mereka terpaksa makan ubi rebus berhari-hari lamanya. Ikan masin di cubit sedikit demi sedikit untuk berjimat. Nenek kak mah kata, seorang jiran cina menggantung ikan masin hanya untuk dapatkan bau saja sebelum makan. Untuk membangkitkan selera makan . Boleh kita bayangkan betapa peritnya kehidupan ketika itu. Melopong budak-budak tu bila kak mah bercerita.

Nenek kak mah juga cerita bagaimana upih pinang dijadikan kasut. Walaupun seingat kak mah,nenek pernah ajar kak mah cara buat kasut dari upih tu, sayangnya kak mah sendiri sudah lupa. Apabila kehidupan mendesak pastinya yang tidak terfikir dan terjangkau oleh akal kita boleh dilakukan.

Kak mah mengingatkan betapa kita perlu mengambil iktibar dari peritiwa silam nenek moyang kita. Hargailah kehidupan sekarang dan jadilah manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara agar kita tidak kembali dijajah oleh orang lain...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mengapai Hasrat Terpendam

25 tahun dulu apabila permohonan kak mah untuk melanjutkan pelajaran ke universiti gagal, kak mah ingat berakhirlah hasrat dan cita-cita kak mah tu. Rupa-rupanya bila dah berada di usia begini, Allah masih memberi kak mah peluang untuk mengapainya. Terpulang kak mah sama ada ingin merebut peluang ini atau membiarkannya berlalu pergi...

Kak mah banyak kali berfikir apabila mendapat tawaran ini. Banyak perkara yang berlegar-legar di fikiran kak mah. Semua hal sama ada tugas sebagai pendidik dan keluarga perlu kak mah fikirkan. Kak mah tak mau cita-cita yang dikejar menjadi kekangan untuk kak mah menggalas tanggungjawab sebagai pendidik dan ibu. Apa pun yang kita impikan, tugas dan keluarga berada paling atas. Janganlah yang dikejar tak dapat yang dikendung jatuh berciciran. Bukan begitu?

Apabila kak mah mendapat maklumat program ini dijalankan secara online dan hanya perlu pergi kuliah di U untuk perkara-perkara tertentu, semangat kak mah berkobar kembali.Kak mah tidak akan mempersia peluang yang mungkin datang sekali dalam seumur hidup kak mah ini. Kak mah dah bulat hati untuk menerima cabaran ini dan pastinya kak mah akan buat yang terbaik!

Kak mah cuma berharap , apa yang kak mah lakukan ini menjadi sumber inspirasi dan semangat buat anak kak mah, juga anak-anak didik kak mah di sekolah. Usia bukan penghalang untuk kita menuntut ilmu..ilmu dunia dan akhirat. Berusahalah menjadi yang terbaik semasa belajar di sekolah kerana cabaran hidup dan persaingan untuk anak-anak kita pada masa depan sudah pasti terlalu hebat untuk mereka menempuhnya.

Sebagai ibu bapa dan pendidik semestinya kita mengharap dan mendoakan yang terbaik buat anak-anak kita. Mudah-mudahan mereka menjadi insan cemerlang yang dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara satu masa nanti. InsyaAllah...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Gelungsur Air

Semasa membawa anak kak mah beserta sepupu2nya ke 'wet world' atau taman tema untuk bermandi manda di gelungsur air terjun tu terkenanglah pulak kak mah aktiviti serupa yang kak mah lakukan masa kecik2 dulu. Terfikirlah pulak kak mah kot2 idea merekacipta gelungsur air ni diambil daripada aktiviti budak2 kampung dulu2...Mungkin tidaklah, sebab orang barat kot yang perkenalkan...

Seperti kak mah katakan dulu, rumah kak mah ni terletak di tepi sungai. Jadi setiap 6 bulan sekali agaknya, adalah jentera yang datang menggorek sungai depan rumah kak mah tu. Segala lumpur tanah liat yang berwarna kelabu akan dihamburkan ke atas tebing sungai. Tebing sungai akan menjadi licin dengan lumpur tanah liat tersebut...dan aktiviti meluncur pastinya menjadi acara yang hebat ketika itu. Kami akan meluncur dari atas tebing hinggalah menjunam terus ke dalam sungai...sama seperti apa yang kak mah lihat di taman tema air ni. Bezanya cuma, zaman tu kami bergelumang dengan lumpur :-). Comot sungguh !

Walaupun kak mah gayat dan malu untuk turut serta bermain gelungsur dengan anak2, sekurang2nya kak mah dah merasai suasana sedemikian dulu2 lagi...serupa jer cuma tak sama...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Terpahat di Memori

Untuk pengetahuan, zaman kanak2 kak mah adalah di antara tahun 70-78. Masa tu umur kak mah lingkungan 4 -12 tahun. Disebabkan masa tu kamera masih lagi dianggap barang mewah, maka tiadalah rakaman dalam bentuk gambar yang dapat kak mah paparkan di sini mengenai permainan2 dulu.

Gambar2 yang ada disisipkan bersama cerita biasanya kak mah perolehi dari internet juga jika ianya bersesuaian dengan kisah hidup kak mah tu...Walau bagaimanapun segala kisah yang dipaparkan adalah apa yang benar2 berlaku dan dilalui oleh kanak2 di zaman kak mah dulu...khususnya di kampung kak mah sendiri...Bagi yang melalui , mungkin gambaran yang terpahat di memori terakam begitu indah...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kayu Hoki Batang Buluh

Jika kanak-kanak moden sekarang pandai bermain hoki di sekolah, zaman kak mah kecik2 dulu pun hebat juga bermain permainan ini. Cuma bezanya peralatan yang kami gunakan adalah hasil kreativiti sendiri.

Di kebun ayah kak mah banyak pokok buluh. Buluh yang biasa orang buat kait buah kelapa tu...Budak2 lelaki yang dah besar sikit, umur lingkungan 11-12 tahun akan memotong dan mengorek batang buluh yang sesuai. Mengapa kena korek pulak? Sebabnya pada bahagian akar buluh itulah terdapat bahagian yang membengkok seperti kayu hoki.

Kami akan membersih dan meratakan bahagian pangkal kayu buluh tersebut supaya menjadi kayu hoki yang kemas dan cantik. Ada antara kami yang menghias batang buluh itu dengan kain berwarna-warni agar kelihatan gah berbanding kepunyaan orang lain.

Apabila masing2 telah mempunyai kayu hoki, maka bermulalah aktiviti untuk bermain pula. Masalahnya kami tidak mempunyai bola hoki! kat pekan tempat kami pun tak jual bola tu. Yang ada bola plastik berbelang2 tu jer...Tapi faham2 jerlah dua tiga kali dipukul habis pecah...

Tak ada rotan akar pun berguna...kak mah rasa perumpamaan itu memang sesuai dengan kanak2 zaman tu. Kami berfikir macam mana nak buat bola yang tahan lasak bila dipukul...ada antara teman2 kak mah yang membuat gumpalan2 kertas lalu dibalut dengan plastik...ada juga yang menggunakan pintalan sabut kelapa...putik buah kelapa pun kami jadikan bola...tapi sekali terkena mau benjol...sakit tau...dan macam2 lagilah...

Begitulah kanak2 kampung ketika itu terdedah dengan permainan hoki. Hebat bukan?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kenangan sambut Maulidur Rasul

Zaman kak mah kecik2 dulu (lingkungan tahun 1970-80)sambutan Maulidur Rasul ni sangatlah meriah. Seluruh penduduk dari setiap kampung akan berbaris di jalan kampung masing2 dengan bermandikan cahaya obor yang dibuat daripada buluh berisikan minyak tanah dan bersumbukan kain buruk.

Suasana malam sambutan cukup meriah dengan perarakan obor serta bacaan marhaban dan selawat memuji junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Kami berarak menuju ke masjid yang terletak di kampung sebelah. Masjid ketika itu penuh sesak dengan seluruh warga desa tak kira lelaki perempuan, tua muda semua datang untuk sama2 meraikan sambutan tersebut.

Biasanya akan diadakan pertandingan membaca AlQuran, bacaan berzanji, pertandingan nasyid dan sebagainya. Seingat kak mah, pernah sekali kak mah mengambil bahagian dalam pertandingan nasyid dan kampung kak mah mendapat tempat ketiga. Kampung yang mengambil bahagian cuma empat! hihi...kak mah dapat hadiah selendang panjang masa tu...itupun dah cukup membanggakan kak mah... Ingat lagi kak mah lagu yang dibawa oleh kumpulan kami masa tu...nabi junjungan dari kumpulan al mizan...pakaian pula sekadar baju kurung putih dengan kain batik berselendang panjang. lahai... klasik dan antik sungguh kan...

Jauh sungguh dengan cara sambutan sekarang...tapi kak mah rasa sambutan dulu2 lebih terasa keindahan dan seronoknya menyambut Maulidur Rasul ni...rasa lebih tulus dan ikhlas...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Main nyorok-nyorok

Mesti zaman kecik-kecik dulu korang pun pernah main nyorok2 ni, atau kalau bahasa kak mah tu korang tak faham samalah juga dengan main sorok2. Permainan ni dimainkan ramai2, tak kiralah lelaki ke perempuan. Masa tu kami di sekolah rendah lagi.

Caranya seorang akan jadi pencari manakala yang lain akan menyorok di mana-mana saja di kawasan sekeliling rumah. Tak kiralah di sebalik tunggul ke, atas pokok ke atau apa juga tempat yang payah untuk dikesan. Orang yang mencari kenalah cari semua orang yang menyorok sampai habis. Orang yang pertama dikesan akan jadi pencari berikutnya. Tapi kalau masa sedang mencari tu ada yang berjaya menyentuh tiang ibu maka pencari tadi akan mencari lagi untuk pusingan seterusnya.

Nak mulakan permainan ni ada caranya supaya adil. Pertama guna one two juz atau ada yang panggil osom. Boleh juga guna lat tali lat ke. Macam kanak2 sekarang guna untuk UNO ke dam aji ke. Siapa yang kalah kenalah jadi pencari. Pencari akan kira nombor 1 hingga 10 sebelum mula mencari.

Biasanya kami akan berhenti main bila masing2 dah keletihan. Tapi permainan ini kami tidak sekali2 main masa senja. Mak bapak dulu2 pantang kalau kami main masa senja, sebabnya takut disorok hantu kopek. Walaupun hanya untuk menakut2kan kami namun kita tentu ada dengar cerita mengenai kebenaran kata2 orang tua dulu2. Disorok orang bunian!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Umbut Kelapa dan Layang2 Kumbang


Masa tengok anak jiran sebelah rumah kak mah main layang2, teringat pulak kak mah sejenis permainan yang kami mainkan masa kecik2 dulu. Main layang2 kumbang . Permainan apa tu? Pasti ramai yang tertanya2 kan?

Disebabkan kampung kak mah masa tu dipenuhi dengan kebun kelapa,maka selalulah jugak ayah atau orang kampung kak mah ni tebang pokok kelapa yang masih muda untuk dapatkan umbutnya. Umbut kelapa muda ni makan macam tu jer pun sedap. Masa dululah...maklumlah zaman tu semua di bawa terus dari ladang...segar! Mak kak mah paling suka umbut ni dimasak gulai lemak dengan ikan masin...di mana kan ku cari gulai seperti itu? masih adakah?

Kita lupakan pasal umbut kelapa, kak mah nak cerita pasal permainan layang2 kumbang tadi. Setelah beberapa hari kemudian akan datang kumbang2 yang berwarna hitam dengan sedikit belang merah yang akan menghuni di pucuk kelapa tersebut. Larva kumbang itu juga boleh dijadikan umpan pancing buat ikan sungai. Ikan sungai sangat menyukai larva kumbang tersebut kerana aromanya sangat memikat.

Apabila larva tadi bertukar jadi kumbang, kak mah dengan teman2 akan mengikat kakinya dengan benang yang panjang . Maka bermulalah pertandingan layang2 kumbang siapa yang boleh terbang paling tinggi...Bila kumbang dah lemah kami akan tukar dengan kumbang yang baru...Kumbang ni tidak berbahaya kerana tidak menggigit tapi hanya menyepit sikit. Tapi biasalah kanak2 dulu,ketahanan fizikal cukup kuat! Kanak2 sekarang? Nampak lipas pun macam nampak hantu....termasuklah mak2nya kan...hihi...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Atap Nipah dan Rokok Daun

Minggu lepas kak mah ada mengajar satu tajuk 'cerita datuk'. Dalam petikan tu adalah sebut pasal pokok nipah dengan pokok nibung. Bila kak mah tanya pada anak murid kak mah yang berada di tahun 4 tu sorang pun tak kenal. Alahai kesian sungguh anak2 murid kak mah ni.
pokok nipah hidup subur di tepi sungai

Kak mah pun mulalah bukak cerita yang berkaitan dengan pokok2 tu dalam kehidupan kak mah. Bukan kelentong tau! ini kisah benar.... Pokok nipah memang hidup subur di kampung kak mah yang terletak di pinggir sungai tu. Pokok nipah pun macam juga pokok kelapa boleh tahan serba gunanya. Daun nipah jer dah boleh buat macam2. Masa kecik dulu seingat kak mah , bilik air di luar rumah kak mah pun beratapkan daun nipah. Rumah orang dulu2 mana ada bilik air dalam rumah...orangtua kata tak sopan...sungguhkan kalau difikir2kan...dahlah kita ni makan dalam rumah..nak membuang pun dalam rumah...hihi ...
terasa sejuk bila rumah beratapkan daun nipah...

Selain dijadikan atap rumah, daun nipah yang muda atau pucuknya boleh dibuat rokok. Wah...melopong anak2 murid kak mah. Ayah kak mah siap jual lagi sebagai pendapatan sampingan dengan apek kedai runcit di kampung kak mah. Kak mah ada juga tolong kira batang2 rokok tu untuk diikat. Dapatlah upah seposen dua.
pucuk daun nipah muda dijemur hingga kering dan bergulung2

daun yang telah kering dipotong2 mengikut saiz yang sama dan diikat

Kemudian kak mah cerita lagi tentang enaknya rasa buah nipah...kecur air liur budak2 tu. Kak mah kata isinya macam kelapa muda. Kak mah pun terasa-rasa keenakan buah nipah tu semasa menaip ni. Panjang lebar jugaklah kak mah bercerita pasal pokok nipah ni untuk memberikan gambaran pada anak murid kak mah. Selepas habis belajar,kak mah jadikan aktiviti mencari maklumat di internet mengenai buah nipah dan nibung ini sebagai kerja rumah mereka.
rupa tandan buah nipah..kena hentak pada batang pokok kelapa baru buahnya terlerai
sedapkan...isinya lemak manis dan lembut...masukkan sirap lagilah ...

Kak mah memang kurang arif mengenai pokok nibung sebab pertama kali jumpa pokok ni di rumah mentua di Perak ni...Maklumat lanjut pokok nibung pun kak mah baca jer di internet.

Alhamdulillah, keesokkan harinya ramai yang berjaya mendapatkan maklumat mengenai pokok nipah dan nibung tu. Ada yang kata pernah tengok cuma mungkin mereka lupa dan tak pasti nama pokok tu...Maklumlah sesekali balik ke kampung ...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rakit Batang Pisang

Kelmarin kak mah mendapat perkhabaran dari kakak kak mah di kampung yang teman sepermainan kak mah masa kecik2 dulu dah kembali ke rahmatullah. Inalillahhiwainalillahhirojiun...
Teman kak mah ni belum berkeluarga ....sampai ke akhir hayat membujang...

Masa kak mah balik hari raya puasa dulu, setelah hampir 25 tahun tak berjumpa, dia tetiba jer datang bersembang2 dgn kak mah. Pelik pun ada juga...maklumlah dah terlalu lama dan dia pun hampir dah tak kenal kak mah lagi...mungkin itu petanda yang dia akan pergi selama2nya...macam2 yang dia bualkan tentang zaman kami kanak2 dulu. Semuanya dia masih ingat dan dia begitu rindukan suasana zaman tu...mungkin disebabkan dia hidup sendiri maka kenangan lalu amat kuat di ingatannya...dengar cerita dia kecewa dalam bercinta....cinta sejati mungkin...

Dia bercerita bagaimana seronoknya bila tiba musim banjir...kami ramai2 keluar mencari "jabut"...bahasa orang kampung kak mah kot. (sejenis hidupan yang tinggal dalam busut lumpur di tepi sungai). Haiwan tersebut dah pupus sekarang...mungkin muka bumi sungai dah berubah dan tidak lagi sesuai sebagai habitat haiwan tersebut...Rasanya sungguh enak..seperti rasa ketam...
Gambar hiasan ini mengembalikan nostalgia silam...

Di musim banjir itu jugalah kami tak kira lelaki atau perempuan akan bermain rakit yang diperbuat dari batang pisang. Batang pisang akan disusun dan di cucuk dgn kayu sebagai penyambung. Maka berdayunglah kami ke sana ke mari hingga menggigil2 kesejukan...Sekali sekala kami akan menaiki perahu kepunyaan tauke cina yang digunakan untuk mengangkut buah kelapa. Kami naik beramai2 ke hulu dan ke hilir sungai...dan akan berhenti bila tauke cina tu datang menghambat kami kerana menggunakan perahunya tanpa izin...hihi...kak mah ikut je...yang nakal budak2 lelaki tulah termasuk aruah..

Banyak lagi cerita2 yang dia sampaikan...dan kenangan itu dibawa hingga ke akhir hayatnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

pelita, gasolin dan obor

Masih ingat tak bila time2 senja duduk di kampung dulu2? Dulu masa kak mah umur 9-10 tahun api letrik atau 'karan' kata orang kampung kak mah, belum ada lagi. Masa tu bila masuk senja je bermulalah rutin kak mah dengan adik beradik bergilir2 pasang pelita dan lampu gasolin yg dipam tu. Rasa terang sungguh dah rumah masa tu...

nilah rupa lampu gasolin pada sesiapa yang tak pernah jumpa zaman tu...
Ni pulak lampu pelita yang dah ada cermin...biasanya dijadikan lampu tidur hingga ke pagi..lebih selamat kot.

Masa tulah kami sibuk membuat kerja sekolah dan mengulangkaji pelajaran. Lampu gasolin ni dalam jam 10 malam je ayah kak mah dah padamkan, kalau nak mengulangkaji lepas waktu tu terpaksalah kami mengambil pelita sorang satu. Itupun dah cukup terang....walaupun adakalanya bila bangun pagi hidung tu berserdak hitam asap pelita...

pelita yang boleh menyebabkan hidung berbelang...

Sekarang ni kalau berlaku 'black out' jer kecoh..riuh rendah satu taman...anak2 menjerit kegelapan...kepanasan...tu baru sejam dua jer. Bayangkan kalau 2/3 hari...kecoh satu negara...

Kak mah dulu time mengaji rumah ustaz siap bawak obor lagi...daun kelapa yg kering tu ayah kak mah ikat buat obor. Time balik mengaji tu depa yg besar2 tu suka tinggalkan kita orang yg kecik ni..apa lagi kak mah pecut la berlari...terasa mcm larian obor pulak..hihi...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Main pondok-pondok

Kak mah rasakan, kalau korang lahir tahun 60-70an mesti ada main pondok2 masa kecik2. Mungkin pondok2 yang dibuat tu berbeza ikut negeri kot. Kampung kak mah banyak pokok kelapa jadi pondok yang kami bina dibuat dari daun pelepah kelapa tu.

Masing2 hias pondok tu untuk jadi rumah tercantiklah kunun...kerja mencari daun2 dan kayu2 ni budak2 lelakilah. Siap main kawin2 jadi laki binilah. Dah tu siap ada anak 2-3 orang lagi hehe...Masa tu budak2 otak suci jer..tak pulak berfikir pelik2. Tapi kak mah rasa zaman tu mana faham buat benda bukan2...tak ada dalam kamus hidup zaman tu. Kalau zaman la ni... biarlah mereka tak tau main pondok2 pun....bahayaaa....

Kuih muih pulak buat dari tanah. Adun dan ulilah mcm tepung..bentuk2 jadi kuih..paling mencabar tu siap bakar lagi atas dapur kayu yg kami buat dalam pondok. Tak pulak mak bapak zaman tu risau takut terbakar ke...agaknya masa tu dapur kayu tu benda biasa jer kan...kenangan sungguh...

Anak2 kita baru jer ambik kotak mancis kita dah menjerit jangannnnnnn!!! baru jer pegang2 rumput dah kata jangannnnnnnn!!! main kawin2 lagilah kecut perut...MasyaAllah cepat sungguh masa berlalukan...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Apa tu sagun?

Korang kenal ke sejenis makanan dulu2 bernama "sagun". Bukan shogun ek...Walaupun dah berpuluh tahun tak jumpa makanan ni,tapi kak mah masih ingat lagi. Jiran kak mah pakar buat sagun ni,dan dia jual lima sen utk satu bungkus panjang tu. Kalau tak ingat cuba tengok gambar di bawah ni...

Inilah rupa bungkusan sagun tu. Paling menarik kalau terbatuk atau tersedak, alamat tersemburlah kuih itu ke muka orang depan... Di sini kak mah ada jumpa resepi buat sagun ni. Boleh jugak try buat ni...

SAGUN

Bahan
200 g kelapa parut putih
250 g tepung beras
Gula halus/kastor (ikut suka manisnya)

Cara membuatnya:
1. Kacau kelapa parut atas api perlahan hingga pucat warnanya.
2. Masukkan tepung beras, kacau 15-20 min lagi hingga campuran menjadi kering, wangi, peroi dan rangup. Bubuh ke dalam mangkuk dan biar sejuk.
3. Boleh digaul terus dengan gula dan disajikan.

Macam senang jerkan...jom kita buat...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pelampung dulu-dulu

Semalam kak mah ajar buat karangan kat budak2 tahun 4 . Tajuknya pengalaman semasa bercuti di kampung. Masa kak mah bersoal jawab mengenai aktiviti yang mereka buat tu, ada yang jawab...ikut atuk pusing2 pekan, mancing ikan di sawah, pegi zoo pun ada. Paling haru tu ada yang jawab main internet...

Beza sungguh dgn zaman angkatan kak mah dulu...tahun 70an, lebihkurang sebaya dgn depa2 nilah. Kak mah siap cerita,masa cikgu kecik2 sebaya kamu di kampung dulu..rutin seharian mandi sungai, tangkap ikan dalam parit dan mcm2 lagilah. Kisah kak mah mandi sungai ni mmg seronok kalau dikenang2 semula. Zaman tu mana ada pelampung...nak cari tiub tayar pun payah. Maklumlah zaman tu basikal jer yg banyak kat kampung ni.Tapi kanak2 zaman dulu mmg kreatif...

Kitaorang ambil buah kelapa tua kemudian takek dan tarik sikit sabut kelapa tu utk dibuat tali. Ikat dua biji buah kelapa tu dan jadilan pelampung untuk berenang. Kalau badan yg agak berat tu tambahkan jerlah buah kelapa tu banyak sikit. Dijamin timbul :-).

Kalau mandi dalam kolam pula lain pula ceritanya. Terutama bagi anak2 dara sunti. Masa tu kalau mandi berkemban kain batik. Ikat kain tu kuat2 di dada kemudian masukkan udara dalam kain tu masa kita berendam. Kain tu akan mengelembung dan jadilah pelampung ....Seronoknya zaman tu...

Paling extreme bila nampak ayah kak mah balik dari kedai..maka bertempiaranlah kami lari balik ke rumah. Buat muka mcm tak bersalah jer mandi sungai. Macamlah ayah kak mah tak tahu warna air berkeladak semacam jer...haha...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nostalgia Silam

Sempena tahun baru 2011 ni , blog kak mah salin kulit. Menarik tak? Rasa teringat sangat dengan kampung halaman kak mah di selatan nun...lama juga tak balik ke kampung, ialah sejak hari raya puasa yang lalu...sejak orangtua kak mah dah meninggal dunia kak mah hanya sekali sekala balik.

Rumah-rumah penduduk di kampung kak mah terletak di pinggir sungai..tak jauh dari laut selat melaka...memang cukup indah bila tiba waktu senja...nostalgia sungguh semua kenangan masa lalu...

Rasanya di tahun 2011 ini,kak mah ingin aktif semula menulis di sini..berkongsi kenangan zaman-zaman retro kita dahulu...Itupun kalau masa mengizinkan..maklumlah ada tugas dan tanggungjawab yang lebih penting untuk kak mah laksanakan...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS