Kelmarin kak mah mendapat perkhabaran dari kakak kak mah di kampung yang teman sepermainan kak mah masa kecik2 dulu dah kembali ke rahmatullah. Inalillahhiwainalillahhirojiun...
Teman kak mah ni belum berkeluarga ....sampai ke akhir hayat membujang...
Masa kak mah balik hari raya puasa dulu, setelah hampir 25 tahun tak berjumpa, dia tetiba jer datang bersembang2 dgn kak mah. Pelik pun ada juga...maklumlah dah terlalu lama dan dia pun hampir dah tak kenal kak mah lagi...mungkin itu petanda yang dia akan pergi selama2nya...macam2 yang dia bualkan tentang zaman kami kanak2 dulu. Semuanya dia masih ingat dan dia begitu rindukan suasana zaman tu...mungkin disebabkan dia hidup sendiri maka kenangan lalu amat kuat di ingatannya...dengar cerita dia kecewa dalam bercinta....cinta sejati mungkin...
Dia bercerita bagaimana seronoknya bila tiba musim banjir...kami ramai2 keluar mencari "jabut"...bahasa orang kampung kak mah kot. (sejenis hidupan yang tinggal dalam busut lumpur di tepi sungai). Haiwan tersebut dah pupus sekarang...mungkin muka bumi sungai dah berubah dan tidak lagi sesuai sebagai habitat haiwan tersebut...Rasanya sungguh enak..seperti rasa ketam...
Gambar hiasan ini mengembalikan nostalgia silam...
Di musim banjir itu jugalah kami tak kira lelaki atau perempuan akan bermain rakit yang diperbuat dari batang pisang. Batang pisang akan disusun dan di cucuk dgn kayu sebagai penyambung. Maka berdayunglah kami ke sana ke mari hingga menggigil2 kesejukan...Sekali sekala kami akan menaiki perahu kepunyaan tauke cina yang digunakan untuk mengangkut buah kelapa. Kami naik beramai2 ke hulu dan ke hilir sungai...dan akan berhenti bila tauke cina tu datang menghambat kami kerana menggunakan perahunya tanpa izin...hihi...kak mah ikut je...yang nakal budak2 lelaki tulah termasuk aruah..
Banyak lagi cerita2 yang dia sampaikan...dan kenangan itu dibawa hingga ke akhir hayatnya...
Solat Teraweh
5 years ago
4 comments:
Assalamualaikum Kak Mah
Al Fatihah untuk teman tuu
rakit patang pisang tu biasa pd saya bila musim banjir
Wassalam
assalamualaikum,
dah xde ek skrg jabut tu? camne upanye gaknye ek?
waalaikumsalam wbt...
di kg kak mah rakit tu dah pupus skg...mungkin bg ibubapa skg aktiviti itu sgt bahaya utk anak2 mereka.
waalaikumsalam wbt..
humairi...kak mah cuba jugak cari di internet kot2 ada gambar...x jumpa lg setakat ni...rupa spesis ni mcm kala jengking tapi besar dan berwarna oren kemerahan.
Post a Comment