RSS

Main nyorok-nyorok

Mesti zaman kecik-kecik dulu korang pun pernah main nyorok2 ni, atau kalau bahasa kak mah tu korang tak faham samalah juga dengan main sorok2. Permainan ni dimainkan ramai2, tak kiralah lelaki ke perempuan. Masa tu kami di sekolah rendah lagi.

Caranya seorang akan jadi pencari manakala yang lain akan menyorok di mana-mana saja di kawasan sekeliling rumah. Tak kiralah di sebalik tunggul ke, atas pokok ke atau apa juga tempat yang payah untuk dikesan. Orang yang mencari kenalah cari semua orang yang menyorok sampai habis. Orang yang pertama dikesan akan jadi pencari berikutnya. Tapi kalau masa sedang mencari tu ada yang berjaya menyentuh tiang ibu maka pencari tadi akan mencari lagi untuk pusingan seterusnya.

Nak mulakan permainan ni ada caranya supaya adil. Pertama guna one two juz atau ada yang panggil osom. Boleh juga guna lat tali lat ke. Macam kanak2 sekarang guna untuk UNO ke dam aji ke. Siapa yang kalah kenalah jadi pencari. Pencari akan kira nombor 1 hingga 10 sebelum mula mencari.

Biasanya kami akan berhenti main bila masing2 dah keletihan. Tapi permainan ini kami tidak sekali2 main masa senja. Mak bapak dulu2 pantang kalau kami main masa senja, sebabnya takut disorok hantu kopek. Walaupun hanya untuk menakut2kan kami namun kita tentu ada dengar cerita mengenai kebenaran kata2 orang tua dulu2. Disorok orang bunian!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Kak Mah

saya semasa kecil dahulu selalu juga main sorok2 ni
mengingati zaman silam

Wassalam

kak mah said...

memang permainan yg sangat menyeronokkan. masa tu tak terfikir pun kalau2 tempat kita menyorok tu ada haiwan berbisa ke...kalau pasal calar balar tu dah lumrah anak2 kg masa tu...jati diri masa tu kuat dan berani...x lembik dan penakut mcm anak2 kita skg...tapi bila remaja dah terlebih berani pulak budak2 skg! mak bapak pulak takut...