RSS

Jangan Mudah Membuat Andaian

SAMA ada secara sedar atau tidak, hari ini ibu bapa terlalu menekankan pencapaian akademik anak-anak. Markah tinggi dan kedudukan nombor teratas di dalam kelas menjadi kebanggaan ibu bapa. Nombor corot pula dianggap bodoh dan tidak mempunyai masa depan. Adakah keputusan peperiksaan menjadi kayu pengukur tahap kepandaian dan kebodohan anak kita?

Jika dilihat dari pengalaman Kak Mah zaman persekolahan dulu ada yang benar dan ada juga yang berlaku sebaliknya. Semasa Kak Mah di bangku sekolah rendah, rakan sekelas dianugerahkan sebagai murid UNGGUL disebabkan pencapaian 4A semasa peperiksaan penilaian. Beliau melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama di bandar. Sedangkan Kak Mah dan ramai lagi rakan2 yang lain hanya meneruskan sekolah menengah di pekan kecil. Tapi akhirnya sebaliknya berlaku. Kak Mah dan rakan2 ramai yang berjaya dalam kerjaya masing2, sedangkan beliau sehingga kini masih menganggur dan hanya melakukan kerja2 kampung yang tidak menentu.

Kesimpulannya adalah, ibubapa jangan sekali2 membuat kesimpulan bahawa anak kita bodoh dan tiada harapan jika gagal dlm peperiksaan. Bantulah mereka menentukan hala tuju yang mereka cenderung. Zaman ini terlalu banyak institusi yang memberi anak2 kita peluang untuk mendalami sesuatu bidang yang diminati oleh mereka. Kebijaksanaan ibubapa memberi dorongan terhadap anak2 sudah pasti memberi semangat kepada anak2 kita untuk berjaya dalam kehidupan masa depan.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: