Ketika orang ‘dewasa’ Melayu asyik dengan sepak terajang politik, masalah remaja Melayu yang terlibat dengan dadah, lumba haram dan budaya hedonisme masih tidak selesai malahan semakin berleluasa.
Sedarkah orang Melayu bahawa ketika ini kita sedang leka bertandak mengikut rentak paluan gendang orang lain yang tidak jemu-jemu berusaha melelahkan kita?
Melayu mudah lupa..jgn biarkan sejarah berulang kembali. Jgn jadi seperti "anak kecil main api" bumi dipijak milik orang...
jangan biarkan sejarah berulang
Yahudi laknat
Seperti biasa semua negara Islam mengutuk tindakan Israel menyerang Palestine.
Seperti biasa banyak negara Eropah mengutuk tindakan Israel dan minta semua pihak kemeja rundingan.
... dan seperti biasa USA menyokong Israel, terbaru mereka
Aku malas nak komen apa yang orang lain perlu lakukan, apa yang negara OIC patut buat, apa tindakan yang pemimpin patut ambil. Aku cuma fikir apa aku boleh lakukan untuk membantu.
Doa paling syahdu aku jumpa di Youtube. Walaupun video tak secantik clip-clip yang lain, tapi memang 'terasa'.
Anak-anak Kita
Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT. Rasa berbaloi penat lelah mendidik anak2 orang lain di sekolah apabila anak sendiri mendapat kejayaan yang agak membanggakan dalam UPSR baru2 ini. Walaupun Kak Mah sendiri tidak melihat peperiksaan UPSR sebagai penentu masa depan anak2, namun kita perlu jadikan kejayaan dan kegagalan anak2 kita untuk terus memberi mereka semangat supaya lebih berusaha pada masa depan.
Keupayaan anak sendiri mendapat 6A dan 1 C dalam UPSR yang lepas dapat memberikan Kak Mah satu gambaran awal keupayaan anak Kak Mah selama ini. Untuk makluman anak tunggal Kak Mah bersekolah di SJK iaitu sekolah cina. Jika dilihat dari cara dia belajar selama ini memang agak mengagumkan bila berjaya meraih 6A. Anak Kak Mah bukan pelajar yang terlalu fokus bila belajar di rumah. Bila rasa perlu dia akan mengulangkaji dan dia masih boleh mendengar radio dan bermain komputer walaupun peperiksaan sudah dekat.
Kadang2 Kak Mah dan suami pun geleng kepala melihat cara dia belajar. Depan TV pun boleh! Orang kata "nasib baiklah otak tu cekap". Apa yang diajar dan dibaca semuanya boleh diingat. Andaian Kak Mah jika dia fokus dan belajar dengan sistematik, tidak mustahil 7A pasti dalam genggaman. Anak Melayu pecah rekod mendapat 7A di sekolah cina, bangganya Kak Mah!.
Mungkin kesilapan atau mungkin betul cara Kak Mah memberi kebebasan pada dia untuk belajar dengan cara yang disukai. Tapi harus diingat bukan semua anak boleh diberi kebebasan memilih cara belajar. Kita sebagai ibu bapa harus tahu keupayaan sebenar anak2 kita. Kalau asyik gagal jer dalam ujian, takkan nak suruh belajar ikut suka. Lingkuplah...Anak kita tanggungjawab kita..Amanah Allah...
Jangan Mudah Membuat Andaian
SAMA ada secara sedar atau tidak, hari ini ibu bapa terlalu menekankan pencapaian akademik anak-anak. Markah tinggi dan kedudukan nombor teratas di dalam kelas menjadi kebanggaan ibu bapa. Nombor corot pula dianggap bodoh dan tidak mempunyai masa depan. Adakah keputusan peperiksaan menjadi kayu pengukur tahap kepandaian dan kebodohan anak kita?
Jika dilihat dari pengalaman Kak Mah zaman persekolahan dulu ada yang benar dan ada juga yang berlaku sebaliknya. Semasa Kak Mah di bangku sekolah rendah, rakan sekelas dianugerahkan sebagai murid UNGGUL disebabkan pencapaian 4A semasa peperiksaan penilaian. Beliau melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama di bandar. Sedangkan Kak Mah dan ramai lagi rakan2 yang lain hanya meneruskan sekolah menengah di pekan kecil. Tapi akhirnya sebaliknya berlaku. Kak Mah dan rakan2 ramai yang berjaya dalam kerjaya masing2, sedangkan beliau sehingga kini masih menganggur dan hanya melakukan kerja2 kampung yang tidak menentu.
Kesimpulannya adalah, ibubapa jangan sekali2 membuat kesimpulan bahawa anak kita bodoh dan tiada harapan jika gagal dlm peperiksaan. Bantulah mereka menentukan hala tuju yang mereka cenderung. Zaman ini terlalu banyak institusi yang memberi anak2 kita peluang untuk mendalami sesuatu bidang yang diminati oleh mereka. Kebijaksanaan ibubapa memberi dorongan terhadap anak2 sudah pasti memberi semangat kepada anak2 kita untuk berjaya dalam kehidupan masa depan.
Kongsi2
Pagi tadi Kak Mah sempat berbual2 dengan rakan setugas mengenai blog. Kak Mah bercerita mengenai azam dan impian Kak Mah ingin membina satu blog yang mengumpulkan pelbagai kertas kerja atau apa saja yang berkaitan dengan keperluan guru di dalam sebuah blog. Sebelum ini Kak Mah sudah melihat bagaimana peminat2 resipi mewujudkan blog yang mengumpulkan bermacam2 resipi dari internet. Jadi bagi Kak Mah alangkan baiknya kalau Kak Mah gunakan cara yang sama untuk mengumpul apa jua keperluan tugasan guru di dalam sebuah blog.
"Bagus idea tu kak"...berkongsi ilmu apa salahnya...Bersemangat juga mendengar respon dia. Mungkin satu hari nanti impian saya itu akan tercapai. Yang pasti dalam kesibukan tugas sekarang kekangan masa menjadi masalah untuk Kak Mah memulakan projek tersebut. InsyaAllah niat yang baik moga dipermudahkan jua...






