RSS

Konda Kondi

Masa kecik2 dulu korang pernah tak main konda kondi? Kalau tak tau main tu kira rugilah. Seronok main permainan ini. Maklumlah dulu2 mana ada PC games ke PS2 ke. Bagi sesiapa yang tak tau permainan ini bacalah info di bawah ni.

Konda kondi atau juga dikenali sebagai Perik mata ialah sejenis permainan tradisional kanak-kanak di Malaysia. Dalam masyarakat India, ia dipanggil 'kaunda kaundi'. Permainan ini boleh dimainkan sekurang-kurangnya 2 orang.

Permainan ini menggunakan dua batang kayu sepanjang 0.5 meter. Sebuah lubang dikorek di atas tanah sedalam 0.2 meter dan lebar 0.2 meter juga. Kayu diletak di tengah lubang secara melintang. Sebatang kayu digunakan untuk menguit dan mengungkit kayu agar terpelanting jauh dari pemain lawan.

Kat sekolah Kak Mah permainan ini biasanya kami adakan semasa program RIMUP. Budak2 Kak Mah pun excited sangat!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: