RSS

Kenangan sambut Maulidur Rasul

Zaman kak mah kecik2 dulu (lingkungan tahun 1970-80)sambutan Maulidur Rasul ni sangatlah meriah. Seluruh penduduk dari setiap kampung akan berbaris di jalan kampung masing2 dengan bermandikan cahaya obor yang dibuat daripada buluh berisikan minyak tanah dan bersumbukan kain buruk.

Suasana malam sambutan cukup meriah dengan perarakan obor serta bacaan marhaban dan selawat memuji junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Kami berarak menuju ke masjid yang terletak di kampung sebelah. Masjid ketika itu penuh sesak dengan seluruh warga desa tak kira lelaki perempuan, tua muda semua datang untuk sama2 meraikan sambutan tersebut.

Biasanya akan diadakan pertandingan membaca AlQuran, bacaan berzanji, pertandingan nasyid dan sebagainya. Seingat kak mah, pernah sekali kak mah mengambil bahagian dalam pertandingan nasyid dan kampung kak mah mendapat tempat ketiga. Kampung yang mengambil bahagian cuma empat! hihi...kak mah dapat hadiah selendang panjang masa tu...itupun dah cukup membanggakan kak mah... Ingat lagi kak mah lagu yang dibawa oleh kumpulan kami masa tu...nabi junjungan dari kumpulan al mizan...pakaian pula sekadar baju kurung putih dengan kain batik berselendang panjang. lahai... klasik dan antik sungguh kan...

Jauh sungguh dengan cara sambutan sekarang...tapi kak mah rasa sambutan dulu2 lebih terasa keindahan dan seronoknya menyambut Maulidur Rasul ni...rasa lebih tulus dan ikhlas...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum Kak Mah

ada ke gambar2 masa tu
tunjukkan kat kami
misti meriah

Wassalam

Kak Mah said...

waalaikumsalam wbt..
manalah zaman kak mah kecik2 dulu ada kamera...nak bergambar kena pergi kedai cina di pekan. kak mah hanya masih mengingati segala nostalgia silam tu...masih kuat terpahat...bukan mereka-reka atau mengada2kan cerita..